Setelah membaca semua post, saya terpanggil untuk memberi respon. Saya adalah seorang pelajar perubatan tahun 4. InsyaAllah akan bergelar doktor kurang dari 2 tahun lagi.
Ini realiti:
1. Kadar perceraian dalam profession perubatan adalah antara yang tertinggi dalam mana-mana bidang professional. I don't have figures to quote but this is sumthing that all of us in the medical profession are aware of. Think twice and do the maths 1st!
2. Doktor pun manusia juga. Kami ada hati-budi dan penilaian kami sendiri. Saya bersetuju dengan pendapat jr. caliph -> Jika anda mahu berkahwin dengan kami kerana gelaran "doktor", di mana letaknya keikhlasan kamu?
Apa yang kamu kejar? Gelaran, pangkat, status atau kemewahan hidup?
3. Kami doktor akan mengangkat sumpah Hippocrates (yang dah modified) sebelum ditauliahkan sebagai doktor. Kamu semua tahu apa maknanya sumpah ini? It means God comes 1st and our patient's lives comes 2nd. You as a wife comes 3rd unless you fall sick and become our patient. Go check out the Hippocrates Oath if u don't believe me. At least this is what I understand from it.
4.Secara jujurnya saya sebagai bakal doktor pun merasa insecure kerana kami sedar yang saham kami agak tinggi seperti yang telah diwar-warkan dalam beberapa post yang lepas. Saya cuma berharap tiada antara forumers muslimah sekalian yang sanggup menghalalkan cara demi matlamat. i.e tidak begitu tergila-gilakan doktor yang hensem sebagai bakal suami sehingga sanggup membuat apa sahaja asalkan dapat. I've heard some very uneasy stories regarding this and it makes me feel absolutely very uneasy. Dan cerita-cerita yang saya dapat ini juga ada juga dari kalangan mereka yang terlibat dengan dakwah dan menerima tarbiyyah Islam yang agak kuat. Tak caya boleh tanya Abu Saif @ Ustaz Hasrizal. I m sure he has a lot more stories but I doubt he would ever tell u. Saya sendiri pun tak nak bukak aib orang.
5. Saya yang baru dalam tahun 4 ni pun mungkin akan beraya di emergency unit pada tahun ni. Sanggup ke saudari-saudari semua beraya bersama bakal-bakal suami yang baru HO ngan MO dekat wad ditemani orang sakit? Ke nanti bile dah kahwin nak tinggal je suami-suami anda kat wad pastu balik kampung sorang-sorang?
6. Di Malaysia waiting list untuk MO nak masuk specialist training i.e jadi registrar sangat panjang. Tambahan pulak makin ramai doktor sekarang ni. Ini baru nak masuk training bukannye jadi specialist lagi. Masa MO agak sibuk dan akan bertambah sibuk apabila dah jadi registrar. Kene study, buat research dan bekerja dalam satu masa yang serentak. Boleh ke u all as wives cope?
Saya bukan nak menuduh atau menuding jari pada sesiapa tapi ini ialah realiti. Harap sesiapa yang bercita-cita dengan title post ini akan berfikir kembali dan menilai semula niat anda dengan luhur. Kalau gelaran, pangkat dan kemewahan yang dikejar.......lebih baik tak yah. Walhal ada kes yang berkahwin semata-mata kerana da'wah dan iman di kalangan doktor pun kecundang. Apatah lagi kalau ia semata-mata hanya kerana gelaran?
By the way... I m not married and as such my experience in this whole thing is quite limited. So take this with a grain of salt but do think about it.
+ sekadar renungan bersama..pendapat seorang ikhwah jurusan perubatan..hurm...
1 komentar:
betull... iman setuju... jika hendak menerima seseorang terimalah dia dengan hidupnya... cintai hidupnya sebelum dirinya... tiga hari duduk di hospital pun boleh menggugurkan doktor dari senarai calon buat Iman...bacalah buku pemilik hatiku setelah allah dan rasulullah... sesuai buat kerjaya sebegini...
Post a Comment