BismillahiMashaALLAH
Bersuamikan doctor kah saya?!
Adakah saya memilih untuk bersuamikan doktor?
Pesan Syeikh Yusuf Hasani, Syeikh seorang ikhwah di Mesir..
“Berkehendakkan sesuatu itu banyak diseliputi nafsu. Samada perkara baik atau buruk. Nafsu itu sangat halus muslihatnya. Jika kita berkehendakkan sesuatu untuk kita dengan alasan apapun samada baik atau tidak dan berkehendakkan ALLAH agar memakbulkannya ianya tidak salah namun ia tetap dari kehendak perasaan dan nafsu yang tersembunyi. Kerana kita mendahulukan kehendak kita dari pengetahuan ilmu ALLAH.”
Dalam ilmu ALLAH, DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Dalam doa kita, kita mengkhususkan sesuatu kehendak. Jadi, doa kita tersembunyi kehendak dan tuntutan nafsu yang tersirat.
Ia tidak salah, namun adab hamba, dan ahwal ubudiyyah dan hati, perlu kita daki lagi fikirkan kembali…nilai semula.
Justeru, Syeikh berkata lagi. Janganlah kamu meminta si fulan atau si fulan, atau itu atau ini. Kelak jika ALLAH memberi, kamu akan menderita kerananya. Sebab ia berasal dari nafsu kamu.
Boleh rujuk kitab Hikam Ibn 'Athaillah As-Sakandari dan Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ghazali.
Namun doalah agar ALLAH memberi apa yang terbaik buatmu, apa yang ALLAH suka buatmu, apa yang ALLAH gembira buatmu, apa yang ALLAH hendakkan buatmu. Nescaya engkau akan gembira dan bahagia.
Menjadi isteri seorang doktor tidak semudah yang disangka. Ramai yang tidak boleh adapt. Mungkin kita sangka kita boleh, tapi hakikatnya selepas kahwin merana jiwa. Tanggungjawab besar. Pengorbanannya juga besar. Sebelum berkahwin, ramai bertanya. Bersediakah nak jadi isteri seorang doktor ni?
Perkahwinan idaman lebih dari sebuah idea yang terlalu idealistik.
Ia tidak semudah jika begitu, akan begini...
Ia lebih kepada komitmen kita sepenuhnya kepada ALLAH, dan pergantungan pada ALLAH dan harus dimulakan dengan penyerahan TOTALLY 100% pada ALLAH dari sejak menanam niat lagi. Kenapa, untuk ALLAH. Mengapa, kerana ALLAH. Dengan siapa? Siapa sahaja yang ditentukan ALLAH. Of course, perlu ada usaha. Usaha yang tulus pada menyiapkan diri. Pada usaha mencari jodoh tanpa terlalu memilih dan dengan cara yang syarie.
Kita mungkin menyangka pada ilmu kita, kita mampu atau kita akan berusaha which is tak salah. Cuma kita tidak tahu apa yang terbaik dan apakah yang terbaik itu berkahwin dengan doktor. Kita sendiri tidak tahu sesuatu perkara berdasarkan ilmu ALLAH dan apa kemampuan kita.
Apapun, jika niat itu baik namun doalah APA SAHAJA yang terbaik di sisi ALLAH. InshALLAH bahagia dan tenang selama-lamanya.
* pasni kita tak czite sal kawin lagi k..huhu...tuka tajuk nti...
0 komentar:
Post a Comment