mekarnya wanita pabila ada rasa M.A.L.U nya~
terjaga akhlaknya....terhijab dari F.I.T.N.A.H....
yg datang atas asbab D.I.R.I nya....
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Ya Allah! Engkau adalah tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia apada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku menakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau
0 komentar:
Post a Comment