Kepada setiap diri yang berjihad di jalan Allah
tertegak....dengan untaian kalimahNya
menjaga jasadnya...akalnya....dan menyucikan jiwanya
bimbang diri terhumban ke lembah ciptaan nafsu....
acapkali tuhanmu berjanji..untuk tahu siapa diri..pasti diri akan diuji...
'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakukan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.' 2:155
.: S.A.B.A.R :.
sesaat terdiam...terpana...takut...
takut...jika diri menjadi asbab fitnah dunia lagi..
tiada kesanggupan menghalalkan yang diharamkanNya....
tiada daya melawan takdir dan setiap ketentuanNya...
agar sentiasa punya kekuatan....inginkan taqwa..
tidak sanggup menzalimi diri lagi....karena
' Sebenarnya (Al-Quran) itu adalah ayat-ayat yang jelas di dalam dada orang-orang yang berilmu. Hanya orang-orang yang zalim yang mengingkari ayat-ayat kami.' 29:49
Dan diri sudah tidak tegar lagi menjadikan dunia pasak segala impian....dihiasi dengan nafsu yang mengajak kepada dunia yang tiada penghujung....tiada kebaikan melainkan hanya tempat persinggahan....amal dihitung~! diri masih tergantung~! ntah dimana diri pada penilaianNya....?~ Perhitungan akhirat bermula....dan bermula juga perhitungan dunia....perhitungan agar tidak lagi jatuh ke jurang nafsu...'cintakan dunia'....takutkan 'mati'...jadikan ini mizan....jadikan ini sempadan....jadikan ini furqan.....karena kata baginda.....
Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) : "Tidak mungkin berkumpul Iman dan kufur dalam jiwa seseorang dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya, sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa"
(riwayat Imam Ahmad)
rindukan nikmatnya iman dan rahmat dariNya...
agar tidak jatuh ke dalam jurang cinta yang semu..
"Cubalah sejenak kita ingat-ingat sejarah perjalanan hidup kita. Berapa kali sudah Allah menolong kita dalam kesempitan dan kesusahan yang mendera? Kalau kita jujur, pastilah berkali-kali. Bahkan jika kita jujur, setiap saat Allah melindungi kita dalam perlindungan yang kita tidak sedari. Kita tak sedar bahawa setiap detik Allah bersihkan darah dalam badan kita dari pelbagai racun yang mematikan.Allahlah yang mengaturnya dengan mancipta dan mengurniakan kita salah satu organ iaitu hati yang menyaring darah kita dari segala toksik. Dunia medis telah membuktikan segalanya" (Sedikit petikan dari novel Bumi Cinta)
Walau siapapun kita, sehina mana pun kita, setinggi mana pun dosa kita, Allah tetap tolong kita, bantu kita, sayang kita..cuma kita yang sering lupa pada Dia..
Rasulullah bersabda:
mata boleh berzina dgn melihat
lidah boleh berzina dengan bercakap
tangan boleh berzina dengan berpegangan
kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat
hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia
Semua itu dibenarkan/direalisasikan oleh alat kelamin (kemaluan), atau digagalkannya.
(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)..
2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
8. Sentuhan tangan dan jasad - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
9. Pandangan mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
Sabda Nabi Muhamad SAW, 'Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram'
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka
'Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya'.
'Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah'.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
'Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
...........................................................................................
Syuhada Morris Abdullah
19 november 2010
3.00 am..
jadilah anak yg soleh
..jadilah anak yg solehah...
karena realitinya sifat anak itu lah anak penawar dihati
jom telusuri kisah anak2 ni....
Adam Haikal..
Saturday, 13 November 2010
bye bye papa
rupa rupanya demam haikal semalam bukan sekadar demam...tapi hari ini tumbuh byk biji biji kecil di seluruh badan, bintik yang ada air bisa...kalau campak ada air bisa ke...aermm kesian haikal...
dah la hari ni papa nak ke ikita sampai hari rabu....ada conference....
kalau dulu papa ke mana sahaja haikal tak kisah....tak rasa nak ikut, asalkan ada dgn mama haikal akan tenang ja...
tapi sejak saya tinggalkan haikal dgn papa selama 9 hari ketika berada di hospital ..haikal sangat rapat dgn papa...tambah lagi sejak berpantang papa sepenuhnya hantar dan ambik haikal ke sekolah.....lebih akrab lagilah haikal dgn papa...
sejak semalam lagi saya dan suami dah bersembang sembang dgn haikal...cerita kat haikal yg papa nak pegi kerja jauh ...jadi nanti haikal duduk dgn mama....haikal ok ja....macam dia faham
tapi pagi tadi, masa papa nak pegi haikal nangis nangis nak ikut....bila saya tutup pintu...haikal merayu rayu kat saya....shahdu pulak rasa..
"mama! bukalah pintu ni...mama bukalah pintu...haikal nak ikut papa"
saya cuba memujuk tapi tak dilayan...haikal terus menangis....
saya pun buat tak kisah kat haikal...tinggalkan dia, haikal luahkan protes hati dgn baling topi helmet basikal dia kat lantai.....terkejut saya dgn peragai dia...
saya cuba alihkan fikiran dia dgn kereta polis haikal...pastu saya cakap nanti papa balik papa beli ambulans pulak....
kelakar haiakl terus stop nangis...pastu dalam teresak resak...dia cakap
"nanti haikal ada kereta polis satu....papa beli ambulans satu....bomba haikal tak dak lagi"
saya pun terus la layan dia bercerita pasal kereta kereta dia tu....ermmm haikal haikal...
adik yousuf baik ja atas katil....alhamdullilah
haikal main macam biasa kemudainnya....tiba tiba bunyi basikal, haikal lari ke tingkap dapur ...suruh saya buka tingkap dan dukung dia ...nak tgk kot kot papa kata haikal...saya cakap kat haikal bukan papa...mama tak leh dukung haikal, mama bariu bersalin....haikal buat muka macam frust
pastu loceng rumah berbunyi...haikal kalut kata papa papa....mama !papa balik dah....
rupa rupanya Cik Wan....papa tertinggal tiket ....jadi Cik Wan datang nak ambik...
pastu dah tghhari sikit bunyi loceng lagi...masa tu saya kat toilet....haikal lari ke pintu...papa ! papa!...mama papa!..bukak pintu ni sat mama....
saya kalut kat toilet...jap haikal....chooto matte! Chotto matte kudasai...menjerit saya dari toilet....mestilah bukan papa....tapi haikal berusaha nak bukak pintu tu sendiri, sebab dia ingat papa...
rupa rupanya...tuan rumah datang bagi satu plastik besar limau.....limau dari kebun dia...haikal frust sgt bila tgk org lain kat pintu...kesiannya haikal
tghhari sambil memasak...saya nak sapu lantai dapur sikit, saya tarik kerusi kecik haikal tu...berbunyila sikit....
masa tu haikal tgh tido ...mungkin tido tido ayam kot....tiba tiba haikal menjerit ha! papa!...sambil tgk ke arah dapur....dia ingatkan bunyi kerusi tu papa balik duduk kat kerusi meja makan kat dapur....aduh haikal ni....buat mama terharu la....
ni tak sampai satu hari lagi haikal dah jadi macam ni....semuanya papa....
saya berfikir sejenak..ada hikmahnya saya bersalin di jepun. .....papa terpaksa jaga haikal sepenuhnya selama saya di hospital....dan dalam masa berpantang juga...haikal hampir 100 % di jaga oleh papa....dalam tempoh itu, haikal dan papa amat rapat , walaupun papa selalu marah dia...tula kemesraan mereka....walaupun saya pening dgr haikal menagis bila papa marah marah dia(haikal ni memang byk perangai..hihi sebab tu kena marh selalu)...dan saya juga pening bila mereka bergurau kuat sgt...papa suka buli haikal kadang kadang sampai haikal menangis....kadang kadang depa bergurau sampai bising sangat....haikal duk gelak tak berenti.....segala pening saya tu akhirnya berbaloi,saya gembira dan shahdu sebab haikal rapat sgt dgn papa.....
hari ini saya dapat lihat ...haikal letih demam dan letih kerinduan....
sayang anak mama....
Papa sayang aikal...tapi papa susah nk bgtau...papa cuma blh tunjukkan.. |
Aminurrasyid..
Amin cuba meraih simpati umi...sbb amin dah kesejukan..hehe..ta mao main air dah.. |
Mandi sungai!
Dah lama tak keluar jalan2..kali ni sy ajak suami pi mandi sungai.Sungai yg jadi pilihan ialah sungai kat FRIM, Kepong. Kat sini suasana dia macam ok sikit, kemudahan dan keselamatan memuaskan. Sebelum ni banyak keluar berita pasal kuman 'air kencing tikus'..terutama di kawasan hutan yang tidak terjaga dan terlalu terdedah kepada pencemaran.Jadi kena la cari tempat yang ok, sebab bawak Amin yg memang tengah umur excited main..Paling dia suka main, main air=)
Dah sampai sana, amin duk tengok je orang lain tengah main air..pelik agaknya, tiba-tiba sampai kat sungai ada banyak air..bila dah rendam kaki, terketar2 sejuk..dah takut sejuk letak dalam pelampung..pelampung 'ikan-nemo'..
Seronok tengok abg & amin main air..boleh release tension kan?..dah penat melayan kerenah abang & amin dalam rumah, sesekali bawak la kuar jalan2..Amin kalau tak keluar umah sehari, asyik tengok pintu umah je..(nak keluar agaknya, tapi tak boleh cakap, hihi)..
Sonok sgt amin main air ngn abi..:)walaupun sejuk.. |
Nur Hidayah...
Sunday, November 14, 2010
The Calling~
Err...ni cite tntg diri sniri je la...mama tak online..heh..so tak kisah sgt la :p~dari kecil dimanjakan...erk?agaknye la..but tak de la ngada2 plk.apa yg dayah nk sume blh dikatakan dapat..sbb dayah jrg minta..but adik2 lain ntahla maybe susah sikit kot nk dpt.....dan sy simply anak abah la..interest, sikap, perangai dan rupa...blh la..err...dari kecil mmg di didik untk jd tuff hdapi apapun..untk pandai menilai dan memilih..untk tahu apa yg baek..untk tahu apa itu erti hidup....nk cerita panjang..tapi...tak kot...dan about 'the calling'..ni perkara normal la kot..
If call mama..mama slu busy...ada waktu dia akan takkan jwb....erm..sbb tu dyh jrg call sbb slalu terkilan..heh mengada...but if jrang call, mama akan jwb dgn ceria...dan cerita panjang2...haha...tu yg suka call jarang :p..~so tak yah pertikai la eh...mmg cenggitu caranye..
If call abah mcm urgent..hehe....klo call dia...dia tak angkat maksudnya busy...after abis dah kije abah akan directly call but slalunya anaknye yg busy..aishh.....so..abah akan call beberapa kali..then dayah call smula baru abah angkat...huhu...mmg cenggitu jgk...biasalah...
If agak2 dah lama dayah tak call so...akan sampai la khabar berita dari mama abah ke daerah Johor sana....KL dan Matsuyama serta Cairo......meminta anak di Medan call ke rumah..:D....aishh....haha...biasa la...jauh bebeno....tapi if daerah lain yg tak call, perkara yg sama akan sampai ke Medan dan di sampaikan kepada yg berkenaan.....mama abah ni...memang..bila rindu...diam ja...tak kata apa....tapi tau2 sndiri la...kdg2 tya khabar pun melalui adik2 yg lain....hmm...dan bila syg tak tunjuk...aiseyy.....berat2......anak dia pun sama ja....so ....saba je la...cuma...dimana pun daerah berada...ingat la...mama abah tu tak pernah makan lalu hari2...anak dia makan lalu ja...mama abah tak pernah hepi...kecuali bila anak2 hepi.....mama abah tak pernah nk dgr khabar gembira sgt tapi nk ja dgr khabar sihat dari anak2......mama abah mmg diam...so sptutnya anak2 tak leh la diam sgt...hehu.....'untuk diri sndiri'....:'(...sob sob....nak balekkkkkkkkkkkkkkkkk~~!!!!
Alhamdulillah...sudah co-ass 9 bulan dan masuk ke bulan yg ke-10...smuanya berjalan lancar...syukur~..err yg tak lancarnya...tersekat2 nk balik rumah..heh....dah berapa kali dah abah tanya nk balik bila..?ops..bukan abah ja...mama pun...badi pun..azam pun..alin juga....ila pun..ala...pendek kata semua lah...memang nk balik..tapiiiii......panjang tapinya...malas nk uruskan erp..erk?...agakla....malas nk fikir rindu smua bila balik medan smula....co-ass insyaallah lagi 1 tahun..dah tu selesai....bagi alasan kt mama...kata anak,'ala ma..cuti mmg jrang ada..department skrg dah berterabur..main masuk ja..tak dan nk uruskan apa2...if cuti...kna am bil cuti...nanti co-ass jdi panjang sbb ambl cuti...tak maO la..'...mama risau jgk anak dia ni naek moto..ish...accident sekali da serik bawa moto time penat n tak sehat...hmm...mama kata,'ooo...mcm tu ka?okla..selesaikan bljar dlu....naek moto elok2....baca doa sama.....bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syai un fil ardi wala fissamaai wa huassami'un alim...tau kan?haa...baca doa..baca quran hari2....solat sama...'...huhu...mama mmg suka ajar anak2 dia baca doa mcm tu...sbb tu la anak2 dia ni smua ikut ja...sat gi lupa....ingat balik..hhoho.....kdg bila call...heee...dgr mama baca doa camtu..nk nanges pon ada.aisey...sensitipp..tapi abah lain pulak....dia senyapp ja...sama la mcm anak dia..msg sepatah...tapi bila dayah accident..dia yg mai call tya dlu cepat2..kalah pakwe i..huhu...pakwe ta de punn...abah care sampai la dayah sembuh...dayah dah ok tu..dia syap balik..haha...itula abah......ada la yg kata la kt dayah...memang la mama tu diam ja..abah tu diam ja...apa2 depa tak kata apa kt dayah....tapi....bila dayah diam....depa pi tanya badi....ila...nana..sbb ramai anak katakan..hehu....pastu mula la ada sms yg berbunyi rindu ibubapa dari adik2...suruh kakak call umah..ngee....kakak yg senget!~....ape daa...time dayah minta nak kawin ritu....mama n abah halang keras..termasuk la abang...~heww.....tak penah la plk cita kt sapa2...pastu kakak ipar penah kata..mama tu tak cakap ngn dayah tapi dia bagi tau la..'mama tu bukan tak bagi dayah kawin...tapi...tu la...mama nk risik dulu calon tu..dia mcm mana...famili dia mcm mana.....dia tu dpt didikan mcm mana mama bagi kt dayah ka dak?'....huhu...sebak seketika...terdiam.....baekla....nanges la kejap..ta lama la...mama pesan la jgk,'kawan ja la ngn sapa2...'..hehu...anak dia kata,'tak mao la mama...malas..'....anak2....degill~!...heh...depa dok cari ja calon tu..tak tau la kan.. tau2 anak dia balik satu opis tau..cetttt.......aish...bia la kisah ni sampai sini ja....jum call mama...:)~maaf sbb dayah ni mmg anak yang pekak dan bisu...serta buta........tu mmg sifat tak tau la sejak bila.....degil jugak...tapi ada pelembut hati...mama n abah..:)~
ni kita tarik nafas ala taichi sikit :D… sebagai intro dan warming up~ |
yaeeeya...eee yaeeeya..aaa |
gerak kekanan kemudian ke kiri.. |
gerak ke kiri kemudian ke kanan |
ikut je ler… putar..putar..putar...tundukkk... |
ish..ngantuk tak hilang lagi.. hah~!tepuk kuat kuat kat dahi.. |
dah penat tepuk kepala kuat2 tadi... rilekskan badan dgn... gerakan tangan dan badan cenggini buat macam happy aje..:) s.m.i.l.e~ |
gediks sikit..haha... goyang2 kaki dan badan… buat macam takde masalah yg dtang melanda..haa… |
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata :D |
biarkan mereka semua..heeehu.. hilangkan semua stress… |
kalau tak hilang juga stress jgk..haaa