Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Hindarilah duduk di tepi jalan. Kami bertanya: Wahai Rasulullah SAW, kami tidak dapat meninggalkannya kerana kami sudah biasa begitu! Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu merasakan tidak boleh meninggalkannya, maka berilah hak jalan. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah itu hak jalan? Rasulullah SAW berkata: Menundukkan pandangan, jangan mengganggu, menjawab salam dan berbuatlah kebaikan dan jauhkan daripada kemungkaran.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).