hidup takkan nak senang je...tak mungkin jugak bahagia je..ada orang memilih untuk sentiasa bahagia dan ada orang memilih untuk gembira dalam linangan air mata...tak mungkin hidup untuk makan gula je..hidup tu penuh dengan warna warni..warni ujian dan nikmat...jika kita analogikan bahagia ibarat manis..dah suka manis, makan je gula hari2..hmm...nikmat ke?dah dapat diabetes pastu busan sebab manis je..apa kata mix kan rasa manis..masam...masin...masakan lagi sedap kan??kenapa pilih untuk bahagia selalu sedangkan ujian dalam tangis yang Allah bagi tu adalah nikmat...nikmat yang mana bila kita sedar,Allah nk kita lebih matang..Allah jadikan kehidupan dengan pelbagai rasa supaya berfikir hikmah disebaliknya tapi mengapa ramai dikalangan kita kufur...ambil jalan tengah dengan hanya menginginkan bahagia tanpa titis air mata?sedangkan setiap apa yang Allah bagi tu adalah nikmat walaupun ia hanya sekadar titis air mata..ingat! perjalanan hidup tak semuanya indah...ada yang indah kita dapat...kadang2 kurang indah tapi kenapa kita tak perindahkan yang kurang indah??sedang yang indah itu nikmat dah derita itu juga nikmat..mengapa masih bersedih dengan nikmatY??