Zaman sekolah ber ‘ana-enti’
Sekarang hilang buang ke longkang;
‘Aku-kau’ jadi pengganti,
"Ana rindulah sama SMAP......."

Dulu la bertudung labuh ayu sentiasa (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata~faham ke tak agama?? (seems more like the latter)
Sekarang ni gaya ‘hebat-hebat’ belaka..naik sana..naik sini..
Entah bila nak ‘ayu’ semula...

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar....

Dulu cakap dengan ikhwan jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga; mata tertunduk langgar tiang..
Sekarang pampang gambar dengan buah hati, (kt Friendster,Facebook...bangga~)
".. rasa malu tu campak pergi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga, sopan2 ja..
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara takut orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk saja,sentuh pn takde..
"Alah. Aku banyak kerja lain la…"

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia dah melekatttt di hati~

Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semua pakej...
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada lagak fi’il masing2 hri ni..

Bila ditegur angin satu badan..huh..pantang
Konon sudah tahu belaka..
Kalau dah tahu dosa kenapa teruskan jga?
Seronok sangat ke kumpul dosa?heppi???

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,


Nama pun lepasan sekolah agama;(skola agama SBP lgi tuh)
"Tak payah lah kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"huhu..belagak~

Itulah realiti budak sekolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar *kjzuuuutan budaya
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,
"Tak sesuai lah semua-semua ni kat luar!tak moden..."

Kasihan ustaz mengajar kita,
Kasihan mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna...huhuhu..

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha; *dulu, kini dan selamanya~
Tak guna ilmu penuh di dada...
Jika tak berusaha menghayatinya..

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa...

-edited from edited version,asy-