Suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Pak Halim bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Pak Halim sejak kebelakangan ini, isterinya Mak Zainab kurang melayaninya. Mak Zainab seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Pak Halim selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Mari kita ikuti dialog diantara Pak Halim dan kaunselor.

“Apa kerja Pak Halim”, tanya kaunselor.

“Kerja saya hanya bersawah padi encik”, jawab Pak Halim.

“Mak Zainab pula?”.

“Mak Zainab tak kerja”.

“Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?”.

“Mak Zainab yang sediakan sebab dia tak kerja”.

“Pak Halim pula bila pergi bendang?”.

“Lepas sarapan pagi saya pergi bendang sampai tengah hari”.

“Anak-anak siapa yang hantar ke sekolah”.

“Anak-anak Mak Zainab yang hantar ke sekolah sebab dia tak kerja”.

“Mak Zainab buat apa selepas hantar anak-anak ke sekolah”.

“Sebab dia tak kerja, dia kemaskan rumah dan masak untuk kami sekeluarga”.

“Sebelah petang selepas balik bendang apa yang Pak Halim buat?”.

“Selalunya Pak Halim tidur selepas makan tengah hari?”.

“Mak Zainab pula buat apa selepas makan tengah hari?”

“Sebab dia tak kerja, sebelah petang Mak Zainab menjahit kain. Kemudian selepas asar kadang-kadang dia sapu sampah. Selepas itu dia sediakan makan malam untuk keluarga”.

“Sebelah malam apa yang Pak Halim buat?”, tanya kaunselor itu lagi.

“Sebelah malam Pak Halim berehat sebab siangnya dah letih bekerja. Kadang-kadang

Pak Halim pergi ke surau”

“Apa yang Mak Zainab lakukan di malam hari?”.

“Mak Zainab malam-malam dia rajin mengayam tikar sehingga lewat malam. Sebab dia tak kerja itu yang dia buat”, jawab Pak Halim

Kaunselor kemudiannya menggarukan kepalanya. Dia memikirkan diantara Pak Halim dan isterinya yang tidak bekerja, siapakah yang lebih banyak bekerja. Sedangkan kerja Mak Zainab bermula seawal waktu Subuh sehinggalah lewat malam, tetapi dikatakan tidak berkerja oleh suaminya.
Hargailah dia 'isterimu' karena dia pendamping tidurmu...dan dia juga ibu untuk zuriat-zuriatmu :)~