Suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Pak Halim bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Pak Halim sejak kebelakangan ini, isterinya Mak Zainab kurang melayaninya. Mak Zainab seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Pak Halim selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Mari kita ikuti dialog diantara Pak Halim dan kaunselor.
“Apa kerja Pak Halim”, tanya kaunselor.
“Kerja saya hanya bersawah padi encik”, jawab Pak Halim.
“Mak Zainab pula?”.
“Mak Zainab tak kerja”.
“Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?”.
“Mak Zainab yang sediakan sebab dia tak kerja”.
“Pak Halim pula bila pergi bendang?”.
“Lepas sarapan pagi saya pergi bendang sampai tengah hari”.
“Anak-anak siapa yang hantar ke sekolah”.
“Anak-anak Mak Zainab yang hantar ke sekolah sebab dia tak kerja”.
“Mak Zainab buat apa selepas hantar anak-anak ke sekolah”.
“Sebab dia tak kerja, dia kemaskan rumah dan masak untuk kami sekeluarga”.
“Sebelah petang selepas balik bendang apa yang Pak Halim buat?”.
“Selalunya Pak Halim tidur selepas makan tengah hari?”.
“Mak Zainab pula buat apa selepas makan tengah hari?”
“Sebab dia tak kerja, sebelah petang Mak Zainab menjahit kain. Kemudian selepas asar kadang-kadang dia sapu sampah. Selepas itu dia sediakan makan malam untuk keluarga”.
“Sebelah malam apa yang Pak Halim buat?”, tanya kaunselor itu lagi.
“Sebelah malam Pak Halim berehat sebab siangnya dah letih bekerja. Kadang-kadang
Pak Halim pergi ke surau”
“Apa yang Mak Zainab lakukan di malam hari?”.
“Mak Zainab malam-malam dia rajin mengayam tikar sehingga lewat malam. Sebab dia tak kerja itu yang dia buat”, jawab Pak Halim
Kaunselor kemudiannya menggarukan kepalanya. Dia memikirkan diantara Pak Halim dan isterinya yang tidak bekerja, siapakah yang lebih banyak bekerja. Sedangkan kerja Mak Zainab bermula seawal waktu Subuh sehinggalah lewat malam, tetapi dikatakan tidak berkerja oleh suaminya.
Hargailah dia 'isterimu' karena dia pendamping tidurmu...dan dia juga ibu untuk zuriat-zuriatmu :)~ |
Ya Rabb..izinkanku menjadi sekuntum bunga
Yang dihiasi dengan kelopak akhlak yang mulia
Harum wanginya dengan ilmu agama
Serinya bukan hanya pada rupa
Cantiknya karena iman dan taqwa
Namun keindahan zahirnya disimpan rapi
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi
Bukan perhatian mata ajnabi
Yang menjadi puncak fitnah hati,
Ilahi Rabbi~
Jadikanlah duri yang memagari diri
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi
Yang akan menghilangkan keharuman sejati
Yang akan memudarkan kecantikan diri
Dibalik kekurangan yang tercipta...
Bukanlah aku bidadari yang sempurna
Karena setiap yang terjadi ada hikmahnya
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata
Tetap menyinar walau di lumpur hina
Tetap berharga walau dimana saja
Buat ummah dan juga keluarga..
Izinkanku menjadi seindah mawar berduri
Yang menjadi impian setiap muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki
Tapi permata untuk yang bernama suami.
Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
Aku nikahkan Dikau …… dengan anak ku …..
“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Aku nikahkan Dikau …… dengan anak ku …..
“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga..mmm...ni sekadar bahasa manusia mendefinisikan menurut hati saja :)~
.
ntah pe gambar kt atas ni cakap tah..not really mean it~ i've changed a lot but a lot more to change..'saya memang bukan budak baik'..if only our past can talk to the future..@#$%^&*( maybe everythings will not change at all..
i mean it ~thanks Allah for His guidance..i've been someone else..better in one part but worsen in other part of life..hope to be better person..
Pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”
Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.
Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas”.
Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.
Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”
Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”
Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”
Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri.
Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”
Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa:“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”
Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.
Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”
Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”
mereka bangga...mereka gembira dgn perbuatan mereka...biarkan mereka bermain kotor sampai mereka rasa seolah-olah mereka mendapat kemenangan..padahal disisi Tuhan, mereka hanya bermain2 dengan perintanNya dan menantikan balasanNya..
' tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang mereka selalu kerjakan.' 6:43
'Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu (kesenangan) untuk mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa.' 6:44
sabo lagi...heh..sabo...
erm..semakin dewasa..semakin bertambah usia...semakin tua..semakin berkerjaya..semakin lelah dengan kerja..tapi.semakin terbiasa dgn kelelahan sendiri..semakin ter'berdikari'..semakin selesa hidup sendiri..mana mahu pergi boleh bawa diri..kereta ada...rumah sudah dimiliki...semakin dan semakin lagi....akhirnya selesa dgn comfort Z.O.N.E yg dicipta diri...mungkin ini kot kenapa ramai lagi HO yg membujang..huh..dah makin malas memikirkan urusan orang..mahu fikir hal sendiri sahaja...hmm...terfikir....dan fikir lagi...apa nk jadi...
erm..terkejut...beberapa kali terjaga malam smalam...ntah knp tido mmg tak nyenyak seperti biasa...'pap terbangun~!'.....'adei...knp dgn diri ini'..buka fb...terbaca status senior smapl...'innalillah'...cikgu Ruslan Bustani dah tak ada :(....tak tau nk kata....terkejut dgn pemergiannya yg tiba2...dapat msg dari adik junior smapl...
'kakak2 senior: arwah cikgu ruslan sakit jantung...masuk hospital tanjong karang, kuala selangor pagi jumaat...jam 6 ptg smlm arwah masih sedar cuma muka pucat dan badan lemah..ramai yang datang melawat...tapi Allah lebih sayangkan arwah.....jam 7.15 mlm arwah dah meninggal....' 29 Sya'ban @ 30 Julai 2011
Dia...seorang guru...dia pendidik...dia bapa penyayang di smapl
Dia datang dgn dedikasi..rasional..dan....sgt sporting...
Lagu fav cikgu...'iman mutiara'...cikgu nyanyi time hari guru...
sedihnye...
Kami mmg nakal kt sekolah cikgu...cikgu layan je..
tak pernah nk tibai hentam student..
hmm...:(..so sad...teringat pernah bergambar ngn cikgu
Kata2 cikgu...tak pernah dilupakan...
cikgu nak kami jaga diri sbb kami budak sek agama..
S.M.A.P.L
*Sahsiah kena Mapan...Akademik kena Perkasa..
*Sentiasa Mengungguli Apajua Persaingan Lagenda
Sedih atas pemergian cikgu...tapi ini takdirnya...
smoga dipermudahkan smua urusan cikgu disana...ameen
'kami sayang cikgu' :(~
Fares~Albi Nadak:) terdengar dan tersuka plk..hehe
الَلهمَ بلَغنا رمضان
_____________________________________________________________________________________________________________
Takkan pernah tahu kapan saatnya diri dipanggil menghadapNya..bila tgk kes kematian banyak sgt..rasa mcm satu keinsafan dgn tahu mcm mana orang mati...rupa macam mana bila dah mati...mati cara macam mana..hmm..ya Allah...takutnya mati..dan RamaDhan-Mu datang lagi..harap sangat bisa ketemu lagi :)Buatlah perancangan sebaiknya untuk menyambut kehadiran Ramadhan~…mulakan dari sekarang andainya diri belum bersedia…ingat...sesiapa yang gagal merancang...maksudnya dia sendiri sudah merancang untuk gagal (T________________T)...tanok la begitu kan..Jadi apa yang kita boleh buat ??
1. Kenalah jaga mata O_o daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.
2. Lepas tu kena jaga jgk lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
3. Jaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.
7. Iktikaf dimasjid walaupun untuk seketika:)
8. melazimi bacaan al-quran dan berazam untuk khatam quran (wink...wink..wink..hehe ;p)
9. berusaha untuk membuat qiamullail dan solat tahajjud.
10. menghadiri majlis ilmu…atau sekurang-kurangnya dengar rakaman ceramah agama…
Dan banyak lagi sebenarnya..heh..jgn pernah mengalah...lawan diri je pun, mesti bole..kena kuat~!!