suka dgr lagu ni..1st time dgr rasa ada sesuatu :)~tahla...cuma bisa menyatakan suka...suka suki...new year mereka kata...ye la kot...1st January 2011...wow...something~!...but....erm...tah...apakah ini permulaan..??permulaan untuk suatu yg lebih baik...*Awwal Muharram dah ada wish..so....tak perlu fikirkan 1 Januari :)~somehow...orang lain maybe mke wish today...hope so tercapailah wish anda....wish saya...smga anda smua bahagia...dengarkan lagu ni...beshh~!!!!
sekadar pencerahan...menambah wacana fikiran...sbnarnya tengah bercelaru...jalan banyak...terlalu banyak..hingga tak ada satu pun yg di pilih...jalan yg dilalui mujahadah sendiri...diri sedar ...firmannya sering terdengar
'..Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh..' 61:4
seolah2 diri sering mengatakan..'tapi'....dan apapun...ada 'tapi' nya..hmm lemahnya diri..sentiasa berada di pertengahan..di persinggahan...mencari pilihan..mencari jalan...jalan mana yg terbaik..bukan untuk diri...tapi untuk 'dakwah' ini...disini...~...apa tidak bisa kita bersatu?....apa tidak bisa kita bersama2?....apa tida bisa kita seiring...?atau apakah salah jalan yg ku pilih..?....serba salah jadinya.....harap ini bermanfaat...apa tujuan dakwah yea..?kenapa mesti lesu dalam berdakwah..?apa matlamat kita berdakwah..?
N : salam...afwan ggu.
cma mau bertanya pendapat..
knpa saudr sgt bermnat dgn dakwah...?
ceramah..?
somehow rasa aneh dgn sesetengah pihak yg terdorong
untuk berdakwah...
dan ada sebagiannya terdorong untuk menolak dakwah..
S : wslm
saya kalau dlm usrah selalu sebut mcm ni...
kita sebenarnya suka berkongsi apa yg kita suka..
kita pegi satu kedai..kita order satu makanan..
makanan tu kita mkn sedap sgt..
bila balik kita mesti tak boleh duduk diam...
kita mesti nak bgtau org lain kan..
sedapnya makanan yg kita mkn td..
kita mesti dia pun try makan kat situ sama..
kita mesti nak dia pun try..
secara naturalnya mmg mcm tu..mesti nak kongsi apa yg kita suka..
kita baca satu buku yg best..mesti kita nak kawan kita pun baca
buku tu..
kita skrg islam...kita suka tak islam?knp kita tak nak kongsi islam kita?
lebih penting dr tu...dakwah kan tanggungjawab kita..
berdakwah sekadar kemampuan kita...
takdak org yg sempurna...
kalau para sahabat tak berdakwah...kita mungkin tak rasa nikmat islam..
kalau kita tak dakwah? anak cucu kita mcm mana...
akhirnya kita nak masuk syurga...tentu kita nak org lain pun masuk
syurga kan...
N : ..erm...ok...syukran...
skdar mencari nafas baru dalam dakwah...
S : ok
N : dakwah adalah karena smangat atau smngat datang bila berdakwah?
S : sbb itu agaknya Allah suh kita berjuang ketika senang atau susah...
ketika senang, kita dakwah dgn semangat..
ketika susah, kita dakwah utk peroleh semangat..
N : hmm..mgkin juga...tapi kalau sbb smngat kta berdakwah...
bila smngat hilang...dakwah juga pudar.
S : “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan
Allah),sama ada dalam keadaan ringan (senang) ataupun
dalam keadaan berat (susah); dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(Surah At-Taubah, ayat 41)
sbb tu kena berjemaah..
kata albanna..
Apa yang boleh membantu agar cekal menghadapi perjalanan jauh
dan thabat ialah:Iman yang teguh dan ukhuwwah yang sejati
-Keimanan menerangi jalan dan memeliharanya dari menyeleweng
-Ukhuwwah membetulkan langkah dalam perjalanan
N : erm...faham....
rasa dah tepu...
ilmu...yg praktikalnya sukar tapi bukan tidak boleh dicapai..
thanks apapun..
S : saya pun bukan bagus sgt...semoga Allah beri kekuatan, wslm.
N : owh...tak de masalah...cuma konsultasi. syukran atas nasihat...wslm
..................................................................................................................
hmm...mengharapkan manfaat dari sini...mgkin jga...bila di manfaatkan sebaiknya...cuma..carilah....doalah...dia sebaik2 pemberi petunjuk...(berangan jap)...yuk ke ladang stoberi..curik buah di sana...~huhu..berdakwah sampai ke ladang strawberry...seronokk...:)
petik |
bawa pulang..:p~ |
bersihkan...'feel like to eat..'..waaa |
susun elok2 untk dmakan :) |
ladang strawberry di dunia pun dah cukup indah... harap dapat miliki ladang strawberry di syurga :)~ bercucuk tanamlah dari sekarang..ngee.....usaha~!!!!
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita..
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup! masih ada masa untuk menjadi hambaNya yang ber.S.Y.U.K.U.R..
Indannya ciptaanMu ya Rabbi~ |
Kredit : Harakah Muda
Nabi s.a.w memberi peringatan :
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
sebenarnya dah lamaaaaaaaaaaaaa sgt2...mencari hikmah dari hadith ni....alhmdlillah...ada teman menjelaskan..dan boleh la dijelaskan disini...kenapa sebenarnya Allah melarang kita membuka aib diri? kenapa sbenarnya Allah nk kita pelihara aib kita...?
orang biasanya akan kata...'alaa...tutup aib diri...macam H.I.P.O.K.R.I.T~! buat ape nk jadi hipokrit...?berlagak baik depan orang...belakang aku jahat gak....hah..~aku tak suke ah tunjuk baek...!!'.....
....ada yang kata...'aku dah memang gini....aku nk berubah pun..orang kata mcm2 jgk...penat je aku berubah...baik aku jadi aku je...kubur masing2....pandai2 la...'......
aib yg Allah tutup adalah rahmat Allah....kenapa mcm tu?sbb bila kita tutup aib kita....kita mengelakkan orang lain bermaksiat ata asbab kita..terkadang...ada orang selalu bermaksiat..karena ada teman..ada dorongan dari teman...dan ada yang rasa masih ramai yg buat maksiat..so baik buat je maksiat dlu.....'aku buat sikit2 ja....ramai lagi yang jahat..'...heh...mudahnye kata..
..andai sebab kita membuka aib...orang lain melakukan maksiat sbb kita?? apa kita nk kata pada Allah kelak....'sipulan buat maksiat sbb dia nk buat maksiat?'.....sedangkan pintu kearah maksiat kita yg buka...sebagai contoh...kita agak kurang sosial....baik la katakan...cett....tak de main2 laki....tapi suka tgk cerita korea....jadi....asbab kita meng war-warkan yg kita suka tgk cerita korea....dan suka beli CD...maka....ramai teman2 yg tak pernah tgk cerita itu menontonnya....maka bertambahlah hamba Allah yg bermaksiat padaNya.....saham dosa kita bertambah???yea...semestinya.......nau'zubillah...
analogi lain kita dapat jelaskan...apabila seseorang lai-laki pernah melakukan zina...dan ingin bertaubat....tak mau kaple dan sebagainya...untuk mengelak fitnah dan sebagainya...tup..tup.....dia mengenali insan bernama hawa......baik..dan sedia mendengar segalanya....diceritakan pada hawa...'aku pernah berzina'.....hawa yg berjiwa lembut ini...menerima dengan hati terbuka...namun....karena terbiasa dengan budaya bersentuhan tangan dan sebagainya....maka pasangan ini terlanjur~!!!....innalillah...sungguh.........aib yg tertutup itu merupakan R.A.H.M.A.T besar dari Allah untuk hambanya....agar tidak tersebar maksiat atas asbab diri kita..agar maksiat tidak berleluasa melata dibumiNya..Allah mahu kita memeliharanya...mengapa mengaibkan diri sendiri...??.....dimana posisi kita..?fikirkanlah....peliharalah.....Allah Maha Penyantun....lagi Maha Penyayang
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal seperti zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan tersurat atau tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT....peliharalah..karena Allah sebaik2 pemelihara...dan Dia sentiasa maukan yang terbaik untuk hambaNya...tidak ada yang tidak baik yg diberikan untuk makhlukNya....Manusia sebaik2 ciptaan?apa lagi kita pertikaikan... Allah pelihara aib kita karena mahumemberi hidayah untuknya...supaya hambanya bertaubat sebelum maut menjelma....
Mungkin disebabkan terdedahnya aib...dan apabila hamba tersebut ingin bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahan aibnya agar bertaubat sama..... malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik.
Rasulullah bersabda :
اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Ertinya :
"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla."
[Dikeluarkanoleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-duasyaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]
Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-
أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم
Ertinya: Nabi bersabda :
"(Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya."
( Riwayat Al-Bukhari)
Mahasuci Allah....Maha Agung Allah....~tubna ya rabb~KAmi JahiL
*petikan dari Zaharuddin.net
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk"
(Surah Az-Zukhruf 43 : 37)
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia dan bisikan yang lainnya....
smua itu adalah janjiNya....
janjiNya yg kita abaikan....
yg kita lalaikan...
yg kita tak pandang....
FirmanNya...
"Dari bisikan syaitan yang bersembunyi. Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia. Dari golongan Jin dan Manusia."
(Surah an-Nas 114:6)
Percayalah, walau seakrab mana pun teman kita...realitinya kita yang lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri kita sendiri~!!
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri...dan asbabnya cuma...
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?"
(Surah Al-Ankabut 29:2)
Mari mulakan tahun baru dengan a.z.a.m dan t.e.k.a.d yang baru mudah mudahan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...:)...
Manusia sentiasa perlukan mujahadah untuk berubah kerana iman kita akan naik dan turun...
Jangan biar diri dan hiasi jalan hidup ini dengan f.u.t.u.r...jauhi w.a.h.a.n~!!
Akhir kalam....salam maal hijrah....smga tahun baru ini menjadi titik tolak perubahan kepada yang lebih baik...wallahua'lam...
Saat diuji....ingat...
Rasulullah Saw bersabda:
“Sungguh menakjubkan kondisi seorang mukmin. Segala keadaan dianggapnya baik, dan hal ini tidak akan terjadi, kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan ia bersyukur, maka itu tetap baik baginya dan apabila ditimpa penderitaan ia bersabar maka itu tetap baik baginya.”
(HR Muslim)
Allah Swt berfirman:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(QS. Al Baqarah: 216).
berapa nilai iman kita?
berapa harga iman kita?
setinggi gunung?
seluas langit?
seluas lautan di muka bumi?
apa pandangan Allah pada kita..
saat semua muslem bersolat....
dimana solat kita pada pandanganNya?~
Dimana hatimu padaNya?
Berilah hatimu pada ALLAH....
Pasti ALLAH temukan hatimu pada pemilik terbaik...
dan hamparkan masamu seluasnya untuk ALLAH....
pasti ALLAH aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya...
dan ingatlah...
Sesuatu yang telah di takdirkan untukmu..
Pasti kau akan memilikinya...~
sekalipun berusaha untuk menjauhi...
dan sesuatu yang telah ditakdirkan bukan untukmu..~
pasti kau tidak akan memiliki walau kau bersusah payah untuk mendapatkannya....
"tidak ada kebahagiaan yang tinggal bagiku...kecuali dalam takdir ALLAH.."
Pernah ada sahabat bertanya padanya..
"Apakah yang tuan inginkan dari kehidupan dunia ini..."
maka umar menjawab...
"Apa yang ALLAH telah tetapkan untukku di atas muka bumi ini...itulah yang aku inginkan dalam hidupku...aku redha denga ketentuan dariNYA untukku...."