Salman al-Farisi menceritakan ,pada suatu hari puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah az-Zahra pergi ke rumah bapanya dengan wajah pucat dan menangis.Dia kemudian bercerita kepada bapanya,

"Ayah,semalam saya dan Ali bergurau dan bercakap-cakap .Tiba-tiba terkeluar kata-kata yang membuatkan dia marah.Saya sedih,menyesal dan merayu meminta maaf dengannya.Saya mengelilinginya sebanyak 70 kali sehingga dia reda dan tersenyum semula.Saya takut kemurkaan Tuhan."

   Rasulullah menjawab."anakku ,demi Allah,sekiranya engkau meninggal dunia sebelum Ali memaafkanmu,aku tidak akan menyembahyangkan jenazah kamu."
  Baginda bersabda lagi,"tidakkah engkau mengerti bahawa kerelaan dan keredaan suami adalah keredaan Allah?Marahnya juga marah Allah.Perempuan yang beribadat ,jika tidak diredai suami,ibadatnya tidak akan diterima Allah."

  Sambung baginda lagi ."anakku sebaik-baik amalan wanita ialah mentaati suami dan tiada pekerjaan yang lebih afdal bagi mereka selain duduk menjahit pakaian suami( termasuk uruskn pakaian) .Orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anaknya ,akan masuk syurga dan diberikan Allah sebuah kota di syurga sebanyak bilangan pakaian yang dpakai suami hasil usahanya itu."


  Berdasarkan secebis kisah ini dapatlah disimpulkan bahawa wanita yang bergelar isteri diwajibkan berhati-hati dengan tutur kata ketika berbicara dengan suami.Seandainya kata-kata si isteri boleh menyebabkan suami terasa hati dan marah serta tidak dapat memaafkan isteri,maka sia-sia belaka hidup si isteri kerana tiap amalnya ditolak.Ingatlah reda suami maka redalah Allah.Marah suami juga marah Allah.

  Setiap perbuatan baik seorang isteri terhadap suami adalah ibadah dan syurga adalah tempatnya.


http://www.facebook.com/note.php?note_id=163971813613335&id=128941837127584&ref=mf