whoopss....agak sensitif tajuk ni....but really mean it....bukan menolak...bukan menerima...bukan menghalang pilihan yg ada....sila2.....banyak jalan yg ada....cuma buat masa ini.....bersendiri adalah terbaik....tak mahu jadi perosak....tak mahu merosakkan dan dirosakkan....tak sanggup.....merisaukan lagi bila parents menyambut birthday puterinya ini.....tak sampai hati nak wish....'dah besar rupanya anakku'......puteri yang single dan available but expensive..apa ada sume reject...tah pape la...erm......loser won't win.....but winner doen't always get.......sbb janji Allah itu pasti~!
err....'awak dengan saya je la...'............diri dah penin2 lalat...
erm........'tak boleh ke if kita bersama..?'.......huuu.......nope....
....itu dan ini dan ape lagi...........???....?
menyalahkan..?...tidak.....bahkan tak sanggup berhadapan..segan
tak mahu jadi perosak...........Dia dah tentukan smuanya kan?
mereka katakan lelaki bijak itu begini...
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita..
Lelaki yang bijak takkan meminta sesuatu yang belum menjadi hak
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hati
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidup
tapi perlukah mengharapkan lelaki bijak sedang perempuan tak bijak bijak...?aisey...
Perempuan yang bijak sentiasa menjaga diri dengan baik, terhindar dari fitnah
Perempuan yang bijak takkan memberi pada yang bukan haq
Perempuan yang bijak tidak dipandang dan memandang Adam
Perempuan yang bijak menyedari bahwa Adam mudah terpedaya melihat kecantikan Hawa
....................................maka jangan biarkan Adam melihat Hawa sedemikian...
Perempuan yang bijak hanya mahukan lelaki soleh memimpinnya...
Realitinya Adam....
siapa diri ingin bertanya khabarmu berlebihan sedang hari2 rabb mu menanti khabar darimu?
siapa diri untuk mendekatkan diri padamu sedang rabb menanti diri ini mendekatkan diri padaNya?
siapa diri ingin melangkah dekat denganmu sedang rabb memanggil 5 kali sehari untukku melangkah padaNya sedang diri masih lalai?
dekat denganmu menjadikan dosamu bertambah...dosaku juga tak terbilang...?
wajarkan untukku dekat denganmu Adam?
tiada apa yang perlu dihampakan....Dia ada yang terbaik untuk Adam
Hawa juga mau menjadi pemelihara.....
Pelindung diri Hawa juga secara tidak langsung untuk Adam juga...
Hawa juga tak sanggup melihat Adam rosak kerana Hawa...
Hawa fitnah untuk Adam....Hawa tidak halal untuk Adam
Hawa tak mahu Adam gila bayang....
Syaitan menjanjikan 'dunia itu indah jika Adam bersama Hawa'....tapi....apa kata Tuhan?
Hawa malu dengan Tuhan....
Hawa hanya mahu tahu....pelindungkah Adam?perosakkah Hawa?
Permintaan Hawa juga.....
Jadilah pelindung Hawa dengan tidak memandang Hawa...
Jadilah pelindung Hawa menambahkan ilmu dengan amal Adam..supaya nanti bila tiba masanya
Adam dapat jadi pemimpin keluarga yang dihormati...
Jadilah pelindung kepada Hawa dengan menjaga sebaik-baiknya akhlak Adam.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulullah s.a.w :)
Mahu menjadi pelindung? Berdoalah....Mintalah pertolonganNya.....
Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat masih belum mampu, cukuplah dengan meminta perlindunganNya..Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai...Jadilah perempuan pintar yang sentiasa memelihara....
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu....
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya
"Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab,
"Ya, benar."
Baginda bersabda,
"Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Adam masih sayang Hawa?Hawa sayang diri Hawa...justeru smuanya begini....Hawa tak sanggup merosakkan Adam....maaf...~biarkan Hawa pergi......
syukur dengan nikmat kehidupan yang ada.....Dia sebaik2 penolong....Dia dah banyak tolong Hawa...tak mungkin Hawa mengenepikan Dia....Hawa sayang Dia......Hawa biasa...tak ada istimewa....tak mengharap apa2 dari mana2 Adam...cuma mengharap dapat jadi terbaik untuk Adam walaupun Hawa banyak yang kurang....
Awak sayang saya? Saya pun sayang diri saya juga. i'am sorry~....cuma tak mahu jadi perosak
Sunday, August 29, 2010
2 komentar:
syukran 4 the info....^^
sama2 :)~smga bermanfaat
Post a Comment