Serapi mungkin manusia menyimpan rahasia hidup mereka...
rahasia perbuatan mereka....
rahasia setiap bibit dosa mereka...
Dan serapi itu juga Allah mengetahui setiap kecil perbuatan hambaNya...
ya rabb....Engkau Maha Mendengar....Engkau lebih Mengetahui..
Sedang kami hambaMu yang zalim
Ampuni kami...rahmatilah kami...
Kami hanya hamba..
Bimbinglah kami untuk berserah sepenuhnya padaMu
Dan usaha kami....hanyalah untuk mencari RedhaMu
Rasa cinta itu masih tertahan karena Allah suruh kita tahan bukannya lama.
Lepas dah kahwin nanti akan diluahkan…dengan cinta sesama insan 'atas nama suami isteri' cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan.
Bukan tidak pernah tergelincir tapi baru mengerti erti jahiliah.....erti yang mana cinta lepas kahwin lagi bermakna. Lagipun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah…
insyaallah akan lebih di berkati :)
Hati belum sanggup menghampiri perkara yang boleh menyebabkan diri mencintai sesama manusia di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya dan tidak boleh dicemari oleh insan lain selain dari insan yang telah dijanjikan Allah buat diri......
Hati belum sanggup menghampiri perkara yang boleh menyebabkan diri mencintai sesama manusia di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya dan tidak boleh dicemari oleh insan lain selain dari insan yang telah dijanjikan Allah buat diri......
Ingatlah! Wanitalah yang menjadi pelemah keimanan lelaki dan kerana wanita ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangan sendiri. Diri tidak sanggup lagi menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah saw gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Tarbiyah diri untuk menjadi wanita yang mampu 'mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dengan fitnah wanita'....
Jadi, dengan menutup ruang perkenalan dengan lelaki ajnabi, insyaallah serba sedikit akan terlaksanalah amanah kita kepada Allah untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Moga-moga ianya menjadi boleh mendidik mereka menjadi insan yang lebih matang dalam menilai seseorang wanita....
Cukuplah sekadar menutup pintu fitnah itu yang dapat memelihara setiap insan dari musibah..
Musibah yang datangnya dari kaum wanita...Wallahua'lam...
Diri menceritakan semua ini karena terlalu sayang....sayang untuk merosakkan insan bernama lelaki....
Saat ini masih rindu berbakti pada yang Esa..
Berbakti pada mama abah dan keluarga yang terlalu menyayangi diri...
2 komentar:
Sungguh dalam sekalilah maksudnya...i like it!!! We can do it...insyaAllah...
sedalam itu juga hati merasakannya :)~smga dikuatkan hati untuk terus bermujahadah...
Post a Comment