Muslim adalah siapa yg memeluk islam (berserah diri)...kepada siapa kita beriman hari ini?

Apabila seseorang itu tidak mampu untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan dirinya, ia menjadi bencana yang amat membinasa.

Renunglah firman Allah:

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”

[al-Jaathiyah 45: 23]

Bertuhankan tuhan yang palsu tidak perlu menyembah busut atau berhala.

Cukup dengan Allah berkata A dan nafsu mahukan B, lalu diutamakan nafsunya mengatasi perintah Allah, maka manusia ini telah mengangkat nafsunya sebagai tuhan! Siapakah golongan itu? Iaitulah golongan yang tidak mampu berkata TIDAK kepada kecenderungan dan permintaan hawa nafsunya sendiri.

Tidak mampu mengawal diri.

Dia menjadi hamba, kepada kepentingan dirinya sendiri, semata-mata. dia lupa perintah Allah padanya...tegar berdiri mendekatkan pada batilnya dunia....sisihkan perintah tuhan..beraninya dia...

Manusia sebegini, biar pun ilmunya banyak, ilmu itu menjadi lumpuh kerana segala-galanya bukan lagi atas keputusan ilmu tetapi di atas keputusan kemahuan diri yang tidak terkawal itu.

Profesor....

Ustaz..

Ahli pemikir

Dokter

Engineer...

Siapakah anda...?


+petikan dari artikel Abu Saif sekadar renungan bersama...

"Orang yang beriman melihat dosa mereka seperti mereka berdiri di tebing bukit. Mereka seolah-olah takut bukit akan runtuh diatas mereka...dan orang yang tidak beriman melihat dosa seperti lalat yang terbang atas hidung..."