Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” 

Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?”

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “KERANA CINTAKU KEPADA ALLAH, MAKA AKU MENCINTAI MAKHLUK-NYA, MEMPERLAKUKAN DENGAN HORMAT DAN PENUH KASIH SAYANG TERHADAP ISTERIKU, ANAK-ANAKKU DAN SESAMA INSAN. AKU MENCINTAIMU KERANA CINTAKU KEPADA ALLAH...”

Dia dan Saya

Ya Allah...jagalah hatinya dan jagalah hatiku~

Salam Maulidur Rasul :)

Mai dengaq sat cerita Ust.Don...







Hasbunallah hu wani’mal wakil
~Cukuplah Allah bagiku~


Prasangka baik terhadap Allah perlu melebihi prasangka baik terhadap makhluk. Dan Allah menjadikan ada rasa kasih sayang makhluk untuk sesamanya untuk merasakan di hargai dan karena Allah sendiri bersifat Maha Penyayang. Kalaupun ada yang kurang dalam hidup, semestinya Allah menginginkan sesuatu yg jauh lebih baik untuk diri berdasarkan pengetahuan dan kekuasaanNya. Ingat, apabila kita merasa cukup dengan Allah, Allah akan mencukupkan kita dengan nikmat-nikmatnya :)~

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 2:286


Karena manusia takkan pernah selalu mengerti..~

ya Allah.. aku memohon kepadaMu.. permudahkanlah urusan dan permudahkanlah perjalanan hidupku.. jika ini adalah masa depanku.. Kau berkati dan rahmatilah..ameen~

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.


Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.


Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.


Tetapi awas.


Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.


Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.


Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.


Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin boleh ditafsirkan sebagai mengada-ngada.


Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.


Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan sekadar t.e.o.r.i...


Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti..


Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.


Kerana apa?


Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Isteri bukanlah model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.


Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.


Kalau hanya bermodalkan 'Beauty :)'


Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.


Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?


Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.


Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.


Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.


Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.


Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.


Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.


Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.


M.A.T.A.N.G


Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang kematangan sebagai teman..


Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.


Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.


Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.


Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan..


Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan! uhukk...




Real beauty lies not in the physical appearance, but in the heart. Real treasure lies not in what can be seen, but what cannot be seen. The true beauty lies in the beholder's eyes :)~! And the fact that you are more beutiful in modesty..

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa muda-muda dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila cita-cita sudah tercapai dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita zaman anak-anak dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

Hargai masa yang ada walau hanya sekedar satu menit :)! mungkin satu menit ini bisa jadi yang terindah~ jangan pernah hancurkan potensi yang ada...

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?"

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita..."Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur..."

"Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik..."

"Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya."

"Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...."

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta? :) emm...

Suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Pak Halim bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Pak Halim sejak kebelakangan ini, isterinya Mak Zainab kurang melayaninya. Mak Zainab seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Pak Halim selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Mari kita ikuti dialog diantara Pak Halim dan kaunselor.

“Apa kerja Pak Halim”, tanya kaunselor.

“Kerja saya hanya bersawah padi encik”, jawab Pak Halim.

“Mak Zainab pula?”.

“Mak Zainab tak kerja”.

“Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?”.

“Mak Zainab yang sediakan sebab dia tak kerja”.

“Pak Halim pula bila pergi bendang?”.

“Lepas sarapan pagi saya pergi bendang sampai tengah hari”.

“Anak-anak siapa yang hantar ke sekolah”.

“Anak-anak Mak Zainab yang hantar ke sekolah sebab dia tak kerja”.

“Mak Zainab buat apa selepas hantar anak-anak ke sekolah”.

“Sebab dia tak kerja, dia kemaskan rumah dan masak untuk kami sekeluarga”.

“Sebelah petang selepas balik bendang apa yang Pak Halim buat?”.

“Selalunya Pak Halim tidur selepas makan tengah hari?”.

“Mak Zainab pula buat apa selepas makan tengah hari?”

“Sebab dia tak kerja, sebelah petang Mak Zainab menjahit kain. Kemudian selepas asar kadang-kadang dia sapu sampah. Selepas itu dia sediakan makan malam untuk keluarga”.

“Sebelah malam apa yang Pak Halim buat?”, tanya kaunselor itu lagi.

“Sebelah malam Pak Halim berehat sebab siangnya dah letih bekerja. Kadang-kadang

Pak Halim pergi ke surau”

“Apa yang Mak Zainab lakukan di malam hari?”.

“Mak Zainab malam-malam dia rajin mengayam tikar sehingga lewat malam. Sebab dia tak kerja itu yang dia buat”, jawab Pak Halim

Kaunselor kemudiannya menggarukan kepalanya. Dia memikirkan diantara Pak Halim dan isterinya yang tidak bekerja, siapakah yang lebih banyak bekerja. Sedangkan kerja Mak Zainab bermula seawal waktu Subuh sehinggalah lewat malam, tetapi dikatakan tidak berkerja oleh suaminya.
Hargailah dia 'isterimu' karena dia pendamping tidurmu...dan dia juga ibu untuk zuriat-zuriatmu :)~
 

Antara tanda lelaki itu baik adalah dia tidak akan pernah membicarakan soal seks atau menaikkan syahwat dengan sama kamu sama ada melalui sms..telefon atau berdepan selagimana dia belum menikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum menikah adalah lelaki yang jahat dan tidak layak untuk dijadikan suami atau itulah bakal suami pezina kecuali mereka juga bertaubat..
syahirul.com~

Dah tak fikir lagi..

Tak tahu apa yg benar2 terjadi..mungkin sbb smua masalah pun dah mixed...akhirnya...macam ni lah..dah tak fikir lagi...tak peduli apa nk jadi..tak nak peduli...dan dah malas dah nk peduli...t.e.r.s.e.r.a.h...

layannn :)~

 Ya Rabb..izinkanku  menjadi sekuntum bunga 
Yang dihiasi dengan kelopak akhlak yang mulia
Harum wanginya dengan ilmu agama
Serinya bukan hanya pada rupa
Cantiknya karena iman dan taqwa 
Namun keindahan zahirnya  disimpan rapi
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi
Bukan perhatian mata ajnabi
Yang menjadi puncak fitnah hati, 

Ilahi Rabbi~
Jadikanlah duri yang memagari diri
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi
Yang akan menghilangkan keharuman sejati
Yang akan memudarkan kecantikan diri
Dibalik kekurangan yang tercipta...
Bukanlah aku bidadari yang sempurna
Karena setiap yang terjadi ada hikmahnya

Izinkan ya Allah agarku menjadi permata
Tetap menyinar walau di lumpur hina
Tetap berharga walau dimana saja
Buat ummah dan juga keluarga..
Izinkanku menjadi seindah mawar berduri
Yang menjadi impian setiap muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki
Tapi permata untuk yang bernama suami.

Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.


Aku nikahkan Dikau ……  dengan anak ku …..


“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”


Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:


“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”


Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga..mmm...ni sekadar bahasa manusia mendefinisikan menurut hati saja :)~





.

“ Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)

 
Cara rasulullah melayan anak2 :)~ so sweet...menitis air mata tgk video ni..


(abang besaq) Adam Haikal ;)

 (adik) Ahmed Yousuff
Aminurrasyid

Nurul Iman

Ahmad Asyraf

Ahmad Afiq

semua pun cOmel...cOmel :)~.....geramnyeee..

ntah pe gambar kt atas ni cakap tah..not really mean it~ i've changed a lot but a lot more to change..'saya memang bukan budak baik'..if only our past can talk to the future..@#$%^&*( maybe everythings will not change at all..
i mean it ~thanks Allah for His guidance..i've been someone else..better in one part but worsen in other part of life..hope to be better person..


There is one place in which I love to be nOw...
Down on my knees, with tears in my heart, my head to the floor.
In submission to Allah is the only place in which I love to be..

40 tahun berbuat dOsa


Pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”
Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.
Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas”.
Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.
Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya“Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”
Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.
Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya“Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”
Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri.
Di dalam hatinya berkata:  “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”
Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa:“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”
Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.
Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata:  “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”
Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”

sabo..

mereka bangga...mereka gembira dgn perbuatan mereka...biarkan mereka bermain kotor sampai mereka rasa seolah-olah mereka mendapat kemenangan..padahal disisi Tuhan, mereka hanya bermain2 dengan perintanNya dan menantikan balasanNya..


' tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang mereka selalu kerjakan.' 6:43


'Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu (kesenangan) untuk mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa.' 6:44


sabo lagi...heh..sabo...




























erm..semakin dewasa..semakin bertambah usia...semakin tua..semakin berkerjaya..semakin lelah dengan kerja..tapi.semakin terbiasa dgn kelelahan sendiri..semakin ter'berdikari'..semakin selesa hidup sendiri..mana mahu pergi boleh bawa diri..kereta ada...rumah sudah dimiliki...semakin dan semakin lagi....akhirnya selesa dgn comfort Z.O.N.E yg dicipta diri...mungkin ini kot kenapa ramai lagi HO yg membujang..huh..dah makin malas memikirkan urusan orang..mahu fikir hal sendiri sahaja...hmm...terfikir....dan fikir lagi...apa nk jadi...



About this blog

...Ya Allahu bihusnil khatimah...

Salam Taaruf :)

My photo
Malaysia
i'am nothing special..of this i'am sure i'am a commom lil girl with common thought and i've led a common life...there are no monuments dedicated to me and my name soon be forgotten..by that time, none cud tear a hole in my heart anymore..i've no complaints about my life, my path and the places HE has taken me to..enough complaints to fulfil a circumstance about other things maybe but the path i've taken has always been the right one...and i wouldn't have had it any other way :) thanks Allah for this wonderful life...the thing i'd learnt...'away from the past..the day erased...the lesson done..and i maturely grew...alhamdulillah'...

Followers

Jam Malaysia

Powered by Blogger.

Lewati U.s.i.a

Daisypath Happy Birthday tickers