Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa muda-muda dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila cita-cita sudah tercapai dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita zaman anak-anak dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!
Hargai masa yang ada walau hanya sekedar satu menit :)! mungkin satu menit ini bisa jadi yang terindah~ jangan pernah hancurkan potensi yang ada... |
0 komentar:
Post a Comment