الَلهمَ بلَغنا رمضان

_____________________________________________________________________________________________________________

Takkan pernah tahu kapan saatnya diri dipanggil menghadapNya..bila tgk kes kematian banyak sgt..rasa mcm satu keinsafan dgn tahu mcm mana orang mati...rupa macam mana bila dah mati...mati cara macam mana..hmm..ya Allah...takutnya mati..dan RamaDhan-Mu datang lagi..harap sangat bisa ketemu lagi :)


Buatlah perancangan sebaiknya untuk menyambut kehadiran Ramadhan~…mulakan dari sekarang andainya diri belum bersedia…ingat...sesiapa yang gagal merancang...maksudnya dia sendiri sudah merancang untuk gagal (T________________T)...tanok la begitu kan..Jadi apa yang kita boleh buat ??

1. Kenalah jaga mata O_o daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah. 

2. Lepas tu kena jaga jgk lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri. 

3. Jaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang. 

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

7. Iktikaf dimasjid walaupun untuk seketika:)

8. melazimi bacaan al-quran dan berazam untuk khatam quran (wink...wink..wink..hehe ;p)

9. berusaha untuk membuat qiamullail dan solat tahajjud.

10. menghadiri majlis ilmu…atau sekurang-kurangnya dengar rakaman ceramah agama…


Dan banyak lagi sebenarnya..heh..jgn pernah mengalah...lawan diri je pun, mesti bole..kena kuat~!!