Jika kamu memancing ikan..

setelah ikan itu terlekat di mata kail..

hendaklah kamu mengambil ikan itu..

jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..

ke dalam air begitu saja..

kerana ia akan sakit oleh ketajaman mata kailmu dan mungkin

ia akan menderita selagi ia masih hidup…



begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..

setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..

jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..

kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat

melupakan segalanya selagi ia mengingatmu..



jika kamu menadah air biarlah apa adanya..

jangan terlalu mengharap pada takungannya..

dan janganlah menganggap ia begitu teguh..

cukuplah sekedar keperluanmu..

apabila ia retak..

tentu sukar untuk menambalnya semula..

akhirnya ia dibuang..

sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan

lagi..



begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..

janganlah kamu terlalu mengaguminya..

dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..

anggaplah dia manusia biasa..

apabila sesekali dia melakukan kesalahan, tidak mudah bagi kamu untuk

menerimanya..

akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..

dan jika kamu memaafkannya..

boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..



jika kamu memiliki sepiring nasi..

yang pasti baik untuk diri kamu..

mengenyangkan..berkhasiat..

mengapa kamu mencoba mencari makanan yang lain..

terlalu ingin mengejar kelezatan..

kelak nasi itu akan basi dan kamu bisa memakannya..

kamu akan menyesal..



begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..

yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..

menyayangimu.. mengasihimu..

mengapa kamu terlalu memilih,mencoba membandingkannya dengan yang lain..

terlalu mengejar kesempurnaan..

kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..

kamu juga akan menyesal..


 
Bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya…hamdalah :)~