Nabi s.a.w memberi peringatan :

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
 
Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya. 

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

sebenarnya dah lamaaaaaaaaaaaaa sgt2...mencari hikmah dari hadith ni....alhmdlillah...ada teman menjelaskan..dan boleh la dijelaskan disini...kenapa sebenarnya Allah melarang kita membuka aib diri? kenapa sbenarnya Allah nk kita pelihara aib kita...?

orang biasanya akan kata...'alaa...tutup aib diri...macam H.I.P.O.K.R.I.T~! buat ape nk jadi hipokrit...?berlagak baik depan orang...belakang aku jahat gak....hah..~aku tak suke ah tunjuk baek...!!'.....

....ada yang kata...'aku dah memang gini....aku nk berubah pun..orang kata mcm2 jgk...penat je aku berubah...baik aku jadi aku je...kubur masing2....pandai2 la...'......

aib yg Allah tutup adalah rahmat Allah....kenapa mcm tu?sbb bila kita tutup aib kita....kita mengelakkan orang lain bermaksiat ata asbab kita..terkadang...ada orang selalu bermaksiat..karena ada teman..ada dorongan dari teman...dan ada yang rasa masih ramai yg buat maksiat..so baik buat je maksiat dlu.....'aku buat sikit2 ja....ramai lagi yang jahat..'...heh...mudahnye kata..

..andai sebab kita membuka aib...orang lain melakukan maksiat sbb kita?? apa kita nk kata pada Allah kelak....'sipulan buat maksiat sbb dia nk buat maksiat?'.....sedangkan pintu kearah maksiat kita yg buka...sebagai contoh...kita agak kurang sosial....baik la katakan...cett....tak de main2 laki....tapi suka tgk cerita korea....jadi....asbab kita meng war-warkan yg kita suka tgk cerita korea....dan suka beli CD...maka....ramai teman2 yg tak pernah tgk cerita itu menontonnya....maka bertambahlah hamba Allah yg bermaksiat padaNya.....saham dosa kita bertambah???yea...semestinya.......nau'zubillah...

analogi lain kita dapat jelaskan...apabila seseorang lai-laki pernah melakukan zina...dan ingin bertaubat....tak mau kaple dan sebagainya...untuk mengelak fitnah dan sebagainya...tup..tup.....dia mengenali insan bernama hawa......baik..dan sedia mendengar segalanya....diceritakan pada hawa...'aku pernah berzina'.....hawa yg berjiwa lembut ini...menerima dengan hati terbuka...namun....karena terbiasa dengan budaya bersentuhan tangan dan sebagainya....maka pasangan ini terlanjur~!!!....innalillah...sungguh.........aib yg tertutup itu merupakan R.A.H.M.A.T  besar dari Allah untuk hambanya....agar tidak tersebar maksiat atas asbab diri kita..agar maksiat tidak berleluasa melata dibumiNya..Allah mahu kita memeliharanya...mengapa mengaibkan diri sendiri...??.....dimana posisi kita..?fikirkanlah....peliharalah.....Allah Maha Penyantun....lagi Maha Penyayang



Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal seperti zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan tersurat atau tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT....peliharalah..karena Allah sebaik2 pemelihara...dan Dia sentiasa maukan yang terbaik untuk hambaNya...tidak ada yang tidak baik yg diberikan untuk makhlukNya....Manusia sebaik2 ciptaan?apa lagi kita pertikaikan... Allah pelihara aib kita karena mahumemberi hidayah untuknya...supaya hambanya bertaubat sebelum maut menjelma....  

Mungkin disebabkan terdedahnya aib...dan apabila hamba tersebut ingin bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahan aibnya agar bertaubat sama..... malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. 

Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya : 
"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." 

[Dikeluarkanoleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-duasyaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]
 
Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya: Nabi bersabda : 
"(Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya.
( Riwayat Al-Bukhari)
 

Mahasuci Allah....Maha Agung Allah....~tubna ya rabb~KAmi JahiL 
*petikan dari Zaharuddin.net