Our wish or His wish??!



This is what my Syeikh; Syeikh Yusuf Hasani has advised us. What he said is what Ibn ‘Athaillah repeatedly said in his prestigious masterpiece “Hikam Ibn ‘Athaillah”.



Ask what Allah want for us not what we want because we may want something good but that might mingled with carnal and personal desires (nafs) and that nafs may lead us to despairs. We didn’t know what will happen with us in the futures so ask what Allah want for us not what we want. Because Allah knows what is the best for us! Put aside what we want and ask Allah for the thing that will make Allah please for us whether we like or dislike so that when we put our personal desires and want only Allah’s pleasure and love only that we can feel contend.

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

IQAMAH dialunkan melalui pembesar suara. Saya lekas mengatur langkah menuju ke masjid. Apabila tiba, saya lihat jemaah sudah penuh dua saf. Saya berdiri di saf ketiga. Di kiri dan kanan sudah ada dua tiga orang lagi yang baru sampai dan sama-sama membentuk saf. Saya rapat-rapatkan tumit dan bahu, betulkan saf sungguh-sungguh. Meyakini bahawa saf bukan pada lurusnya sahaja, tapi juga pada rapat dan akrabnya tubuh. Apa yang mengecewakan saya, jemaah masjid walau di mana-mana tidak suka merapatkan tubuh dan bahu bila berdiri dalam saf. Maka saf pun jadi bengkang-bengkok macam ular kena palu dan pada hari ini, seperti hari-hari sebelumnya, saya masih kecewa. Apabila saya rapatkan tubuh kepada makmum di sebelah kanan, dia menjauh sedikit dan jangan diharap pada makmum di sebelah kiri yang memang tidak mahu akrab sejak tadi. Saya kira, jika jemaah saf pertama dan kedua membetulkan saf sungguh-sungguh, merapatkan bahu dan tubuh, sudah tentu tidak akan wujud saf yang ketiga ini.

Aduhai! Saya ingin mengangkat takbir, tetapi terhenti apabila tersentak dengan makmum di sebelah kanan yang angkat takbir berulang-ulang dan tersekat-sekat pula. “Allahhhh… Allahhhhhuuu… Akbar!!” Sekali lagi. “Allahhhh… Allahhhhhuuu… Akbar!” Masih tak menjadi. “Allahhhh… Allahhhhhuuu… Akbar!” Saya jadi hangat. Lekas saya sabarkan hati kerana solat baru sahaja bermula. Namun, Allah mahu menguji sungguh-sungguh kesabaran saya apabila solat telah bermula dan dia membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat. Malah siap berlagu pula dengan kepala tergeleng-geleng. Yang paling menjuakkan tidak puas hati, dia masih begitu, mengulang-ulang ayat beberapa kali. Saya seperti ingin berkata kepadanya waktu itu juga; was-was itu datangnya daripada syaitan! Semasa solat saya cuba hadirkan hati buat menggapai khusyuk. Tetapi acap kali konsentrasi saya terganggu oleh makmum di sebelah kanan.

Seusai memberi salam dan berzikir, saya bingkas dan menunaikan solat sunat selepas maghrib disusuli solat sunat hajat. Apabila selesai, saya bingkas dan ingin mencapai mashaf, tetapi benak pantas teringatkan pesanan Imam al-Ghazali tentang salah satu daripada hak solat berjemaah. Pesanan itu beragaman dan mengapung di benak. Saya membatalkan hasrat mengambil mashaf. Lantas tercari-cari makmum di sebelah kanan saya tadi. Dia kelihatan sedang duduk bersila di saf yang ketiga, menghadap mihrab. Saya menghampiri dan duduk di sebelahnya. Saya lihat wajahnya dari sisi, maka tahulah saya yang umurnya sudah renta. Saya rasa tak sedap hati. Bagaimana saya ingin menunaikan tanggungjawab dan hak ini? Saya tahu, saya perlu menunaikan hak untuk menegur dan memperingatkan jika melihat orang lain yang kurang betul atau melakukan kesalahan dalam solatnya.

Berilah pengajaran dan pengetahuan. Imam al-Ghazali seperti berbisik rapat di telinga saya. Aduh, apakah tindakan saya ingin menegur sekarang ini, dalam waktu ini juga, adalah tindakan yang wajar? Apatah pula saya baru berpindah dua hari di kawasan ini dan mahu pula menegur seorang yang sudah agak renta, mungkin juga sudah bermastautin lama di sini. Apakah ini adalah tindakan yang waras? Apakah saya akan dituduh memandai-mandai dan tunjuk lagak? Pesanan Imam al-Ghazali mengapung lagi. Bergema dalam hati. Saya membulatkan nekad. Saya perlu mencegah. Saya tidak mahu bersubahat dan sama-sama menanggung dosa. Orang tua itu kelihatan sedang khusyuk berdoa. Saya menunggu beberapa detik.

Setelah melihat dia meraup kedua tangannya ke muka, saya memberi salam dengan nada yang paling lembut. Dia memandang saya dengan kening berkerut seraya menjawab salam. Saya tersenyum kepadanya seraya bertanya, “Pakcik apa khabar?” Dia masih kerut kening dengan wajah diserkup pelik. “Alhamdulillah.” Suaranya mendatar. Saya tahu, waktu ini saya perlu berhati-hati mengeluarkan kata-kata. Saya perlu membeli kepercayaannya dahulu. Saya lantas memperkenalkan diri dan latar belakang, kemudian menghulurkan tangan. Kami berjabat. Dia saya kenali sebagai pakcik Muhsin. Setelah berbual dengannya beberapa minit, maka betullah telahan saya yang dia sudah lama tinggal di kawasan ini. Malah, rumahnya juga karib dengan masjid. Waktu ini, saya sudah mula merasakan keakraban, justeru saya kira kami sudah bersedia melanjutkan perbualan kepada mauduk utama.

“Apa pendapat pakcik tentang saf jemaah di masjid ini?” Senyuman masih tekal di bibir saya. “Bagus.” Dia mengangguk kepala sedikit. Saya tersenyum lagi. Kemudian memandang mihrab. Sebetulnya ingin memancing respons. “Kenapa?” Suaranya kedengaran serak-serak. “Saya kira kurang baik, pakcik. Walaupun baru dua hari di sini, saya lihat saf di sini masih bengkang-bengkok. Jemaah juga tidak mahu merapatkan bahu bila berdiri bersama.” Saya kembali memandangnya dengan senyuman. Saya tahu, senyuman ada kuasa memikat, selain pahala bersedekah. “Itu tak jadi masalah.” Dia bersuara acuh tak acuh. Saya terkedu sedikit. Senyuman saya mati. Di situ, keegoannya sudah mula terserlah. Saya memujuk hati dan membacakan sebuah hadis riwayat Muslim tentang saf, “Luruskan barisanmu, jangan bengkang-bengkok; kerana barisan yang bengkok nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah belah.”

“Saf ni asas solat berjemaah pakcik, kesempurnaan solat berjemaah. Kalau kita sambil lewa, matlamat untuk mengakrabkan silaturrahim sesama Muslim itu tak akan tercapai. Hati kita akan bengkang-bengkok seperti saf itu. Penuh hasad, iri, takbur dan macam-macam lagi.” Saya bersuara lembut dan moga-moga akan menusuk ke kalbunya. “Lagi?” Nada suaranya ditinggikan. Ya, kini saya sudah mula merasakan suatu gejolak. “Cara solat pakcik. Saya nasihatkan sebelum solat, pakcik bacalah surah an-Nas dan berta’awuzlah, mohon perlindungan daripada syaitan yang direjam. Was-was itu datangnya daripada syaitan dan kejahilan.” Saya mengukir senyuman semanis madu.

Orang tua itu tiba-tiba mendengus. “Apa? Aku jahil?”

Matanya terbeliak memandang saya. Saya terkesiap. Sungguh, saya benar-benar tidak menjangka akan menerima reaksi sedemikian. Saya menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya tidak saya balas dan kembali terlempar ke arah mihrab. Saya perlu mewujudkan jeda. “Aku cuba untuk khusyuk.” Pakcik Muhsin tiba-tiba berkata perlahan setelah berlalu beberapa detik. Saya gesit memandangnya. Dia pula lekas mengalih pandang ke arah mihrab. Tidak mahu bertentang mata. Hati saya dijentik kagum. Rasa kasihan juga bercampur baur. Ya, sekarang inilah waktu yang paling sesuai untuk saya menyampaikan dan memberikan pedoman.



“Izinkan saya memberikan formulanya, pakcik.” Saya memandang sisi wajahnya. Dia langsung tidak memandang saya. Geleng pun tidak, angguk pun tidak. “Pakcik perlu hadirkan hati.” Saya perasan kening pakcik Muhsin yang berkerut. “Maksudnya, hati itu mesti dikosongkan daripada segala sesuatu yang tidak ada sangkut paut dengan solat. Yang ada hanya Tuhan yang ingin kita sembah.” Dia kelihatan mengangguk sedikit. Riaknya itu sudah cukup sebagai pendorong semangat saya berbicara. Saya senyum, kemudian membacakan firman Allah dalam surah Taha ayat 14, “dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.” Kemudian saya iringkan dengan surah al-A’raf ayat 205, “Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.”

“Kelekaan dan kelalaian itu adalah lawan kepada mengingati. Jika lalai dalam solat, bagaimanakah ingin dikatakan seseorang itu ingat kepada Allah? Solat bukan pada zahir sahaja, tapi juga pada batinnya.” Saya bacakan pula ayat 43 daripada Surah an-Nisa’, “hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan.”

“Walaupun ayat ini adalah sebagai dalil melarang orang-orang yang sedang mabuk mendirikan solat sebelum pengharaman arak secara mutlak, tetapi ayat ini juga boleh digunakan sebagai larangan bagi orang-orang yang leka, lalai dan orang-orang yang dihinggapi penyakit was-was.”

Masjid itu tiba-tiba berdengung dengan bunyi motosikal. Saya berhenti seketika. Budak-budak rempit ini memang tidak pernah kenal ketololan mereka. Setelah bunyi itu reda, pakcik Muhsin memandang tunak wajah saya, saya tersenyum sepicing dan kembali menyambung. “Pakcik lihat sekarang, ramai orang yang mengerjakan solat atau mengaku menunaikan solat, tapi aurat terbuka sana, terbuka sini, senang kata, maksiat atau dosa tetap mereka lakukan. Sedangkan kita maklum, solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar. Berdasarkan sebuah hadis riwayat Tabrani, “Barang siapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tidaklah ditambah oleh Allah melainkan jauh, yakni jauh dari kebenaran.” Bermakna, kalimah-kalimah dalam solat hanya meniti di bibir sahaja, tidak mengalir ke dalam hati. Atau mereka gagal menghadirkan hati.” Saya menerangkan bersungguh-sungguh.

“Orang yang gagal menghadirkan hati ni seperti orang yang mengigau, pakcik.” Saya sengaja tidak memandang kepada pakcik Muhsin. Pandangan saya jatuh ke arah mihrab yang terbentang sejadah imam itu, tapi minda dan hati jauh berkelintar. “Mengigau?” Pakcik Muhsin yang baru saya kenali itu menyoal. Daripada bunyi nadanya saya tahu dia sedang kepelikan. Pesanan Imam al-Ghazali beragaman dalam benak saya. “Ya pakcik. Orang yang lalai ini seperti orang yang mengigau dalam tidur. Apakah orang yang berkata-kata dalam tidur dikira sebagai ucapannya sendiri atau igauan semata-mata? Adakah kata-kata ‘pakcik sudah pergi ke London’ semasa dalam tidur, orang akan percaya dan terima?” Pada perkataan London itu saya menyebutnya menggunakan ejaan Melayu seraya terkerisin.

Saya membetulkan sila.

Pakcik Muhsin menunggu dengan mata terkejip-kejip. “Jadi, solat kita semasa lalai, segala ayat-ayat dalam solat kita lafazkan sedangkan hati kita alpa, tidak jaga dan tidak hadirkan hati, adalah seperti orang yang mengigau, tidak tahu apa yang diucapkan, tidak sedar dan apakah solat kita akan diterima Tuhan?”

Saya kembali memandangnya. Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pakcik Muhsin bangun tiba-tiba dan memandang saya sepicing sebelum berlalu ke arah mihrab. Ada tiga orang jemaah di saf yang pertama menghadap mihrab, yang saya rasakan orang-orang kuat masjid. Hati saya diterpa bermacam rasa. Walang, bimbang dan gentar bercampur baur. Saya menghela nafas dan lekas beristighfar. Meyakinkan hati, bahawa kemenangan itu adalah untuk orang-orang yang benar. Saya teringat firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 165, “Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik.”

Hati saya hanya mampu mendoakan agar pakcik Muhsin tidak termasuk di kalangan golongan yang disebut Allah dalam ayat ini. Golongan yang tidak menghiraukan, tidak mempedulikan apabila datang peringatan kepada mereka. Saya melihat jam, waktu masih awal. Masih ada masa lebih kurang tiga puluh minit sebelum masuk fardu Isyak. Saya lekas bingkas dan mengambil mashaf, kemudian beriktikaf semula di tempat yang sama. Namun, belum pun sempat saya membuka mashaf, ada orang memegang tangan saya. Saya terkedu apabila melihat pakcik Muhsin berada di sisi saya dan meminta saya bangun.

“Bangunlah. Pakcik sudah cadangkan pada imam dan jawatankuasa untuk membenarkan anak memberikan tazkirah. Mereka setuju.” Saya bingkas dan menurutinya dalam pinga. “Adalah tidak adil jika anak menyampaikan ilmu untuk pakcik seorang saja. Apa yang ingin anak sampaikan penting dan perlu juga disampaikan kepada jemaah.” Dia mengukir senyum. Senyuman yang julung-julung kalinya tentu! Serentak itu saya terdengar suara imam meminta semua jemaah menumpukan perhatian di hadapan. Saya terkesima. Subhanallah! Hati saya diterpa kagum tak henti-henti. Zikir dalam hati bertemali. Saya melangkah dan duduk di mihrab.

Sebelum memulakan kuliah, saya memandang pakcik Muhsin yang duduk karib di sebelah kanan, kemudian ke arah jemaah di sekitar masjid. Jiwa saya ketika itu beragaman dengan diksi - ayuh, kita hadirkan hati =)!


Setelah membaca semua post, saya terpanggil untuk memberi respon. Saya adalah seorang pelajar perubatan tahun 4. InsyaAllah akan bergelar doktor kurang dari 2 tahun lagi.

Ini realiti:

1. Kadar perceraian dalam profession perubatan adalah antara yang tertinggi dalam mana-mana bidang professional. I don't have figures to quote but this is sumthing that all of us in the medical profession are aware of. Think twice and do the maths 1st!

2. Doktor pun manusia juga. Kami ada hati-budi dan penilaian kami sendiri. Saya bersetuju dengan pendapat jr. caliph -> Jika anda mahu berkahwin dengan kami kerana gelaran "doktor", di mana letaknya keikhlasan kamu?

Apa yang kamu kejar? Gelaran, pangkat, status atau kemewahan hidup?

3. Kami doktor akan mengangkat sumpah Hippocrates (yang dah modified) sebelum ditauliahkan sebagai doktor. Kamu semua tahu apa maknanya sumpah ini? It means God comes 1st and our patient's lives comes 2nd. You as a wife comes 3rd unless you fall sick and become our patient. Go check out the Hippocrates Oath if u don't believe me. At least this is what I understand from it.

4.Secara jujurnya saya sebagai bakal doktor pun merasa insecure kerana kami sedar yang saham kami agak tinggi seperti yang telah diwar-warkan dalam beberapa post yang lepas. Saya cuma berharap tiada antara forumers muslimah sekalian yang sanggup menghalalkan cara demi matlamat. i.e tidak begitu tergila-gilakan doktor yang hensem sebagai bakal suami sehingga sanggup membuat apa sahaja asalkan dapat. I've heard some very uneasy stories regarding this and it makes me feel absolutely very uneasy. Dan cerita-cerita yang saya dapat ini juga ada juga dari kalangan mereka yang terlibat dengan dakwah dan menerima tarbiyyah Islam yang agak kuat. Tak caya boleh tanya Abu Saif @ Ustaz Hasrizal. I m sure he has a lot more stories but I doubt he would ever tell u. Saya sendiri pun tak nak bukak aib orang.

5. Saya yang baru dalam tahun 4 ni pun mungkin akan beraya di emergency unit pada tahun ni. Sanggup ke saudari-saudari semua beraya bersama bakal-bakal suami yang baru HO ngan MO dekat wad ditemani orang sakit? Ke nanti bile dah kahwin nak tinggal je suami-suami anda kat wad pastu balik kampung sorang-sorang?

6. Di Malaysia waiting list untuk MO nak masuk specialist training i.e jadi registrar sangat panjang. Tambahan pulak makin ramai doktor sekarang ni. Ini baru nak masuk training bukannye jadi specialist lagi. Masa MO agak sibuk dan akan bertambah sibuk apabila dah jadi registrar. Kene study, buat research dan bekerja dalam satu masa yang serentak. Boleh ke u all as wives cope?


Saya bukan nak menuduh atau menuding jari pada sesiapa tapi ini ialah realiti. Harap sesiapa yang bercita-cita dengan title post ini akan berfikir kembali dan menilai semula niat anda dengan luhur. Kalau gelaran, pangkat dan kemewahan yang dikejar.......lebih baik tak yah. Walhal ada kes yang berkahwin semata-mata kerana da'wah dan iman di kalangan doktor pun kecundang. Apatah lagi kalau ia semata-mata hanya kerana gelaran?

By the way... I m not married and as such my experience in this whole thing is quite limited. So take this with a grain of salt but do think about it.



+ sekadar renungan bersama..pendapat seorang ikhwah jurusan perubatan..hurm...

BismillahiMashaALLAH

Bersuamikan doctor kah saya?!

Adakah saya memilih untuk bersuamikan doktor?

Pesan Syeikh Yusuf Hasani, Syeikh seorang ikhwah di Mesir..

“Berkehendakkan sesuatu itu banyak diseliputi nafsu. Samada perkara baik atau buruk. Nafsu itu sangat halus muslihatnya. Jika kita berkehendakkan sesuatu untuk kita dengan alasan apapun samada baik atau tidak dan berkehendakkan ALLAH agar memakbulkannya ianya tidak salah namun ia tetap dari kehendak perasaan dan nafsu yang tersembunyi. Kerana kita mendahulukan kehendak kita dari pengetahuan ilmu ALLAH.”

Dalam ilmu ALLAH, DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Dalam doa kita, kita mengkhususkan sesuatu kehendak. Jadi, doa kita tersembunyi kehendak dan tuntutan nafsu yang tersirat.

Ia tidak salah, namun adab hamba, dan ahwal ubudiyyah dan hati, perlu kita daki lagi fikirkan kembali…nilai semula.

Justeru, Syeikh berkata lagi. Janganlah kamu meminta si fulan atau si fulan, atau itu atau ini. Kelak jika ALLAH memberi, kamu akan menderita kerananya. Sebab ia berasal dari nafsu kamu.

Boleh rujuk kitab Hikam Ibn 'Athaillah As-Sakandari dan Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ghazali.

Namun doalah agar ALLAH memberi apa yang terbaik buatmu, apa yang ALLAH suka buatmu, apa yang ALLAH gembira buatmu, apa yang ALLAH hendakkan buatmu. Nescaya engkau akan gembira dan bahagia.

Menjadi isteri seorang doktor tidak semudah yang disangka. Ramai yang tidak boleh adapt. Mungkin kita sangka kita boleh, tapi hakikatnya selepas kahwin merana jiwa. Tanggungjawab besar. Pengorbanannya juga besar. Sebelum berkahwin, ramai bertanya. Bersediakah nak jadi isteri seorang doktor ni?

Perkahwinan idaman lebih dari sebuah idea yang terlalu idealistik.

Ia tidak semudah jika begitu, akan begini...

Ia lebih kepada komitmen kita sepenuhnya kepada ALLAH, dan pergantungan pada ALLAH dan harus dimulakan dengan penyerahan TOTALLY 100% pada ALLAH dari sejak menanam niat lagi. Kenapa, untuk ALLAH. Mengapa, kerana ALLAH. Dengan siapa? Siapa sahaja yang ditentukan ALLAH. Of course, perlu ada usaha. Usaha yang tulus pada menyiapkan diri. Pada usaha mencari jodoh tanpa terlalu memilih dan dengan cara yang syarie.

Kita mungkin menyangka pada ilmu kita, kita mampu atau kita akan berusaha which is tak salah. Cuma kita tidak tahu apa yang terbaik dan apakah yang terbaik itu berkahwin dengan doktor. Kita sendiri tidak tahu sesuatu perkara berdasarkan ilmu ALLAH dan apa kemampuan kita.

Apapun, jika niat itu baik namun doalah APA SAHAJA yang terbaik di sisi ALLAH. InshALLAH bahagia dan tenang selama-lamanya.

* pasni kita tak czite sal kawin lagi k..huhu...tuka tajuk nti...

BeloVed FamilY~



Abah





Mama










Bamet













Badi




Dayah





Nana










Ila







Alin






Azam






Taufiq

fewww....coming soon...

"Pernikahan itu sangat sensitif dan tergantung kepada peribadi masing-masing untuk mendapatkan kemuliaanNya."
('Aisyah Radhiyallahu 'anha)

Rasulullah bersabda,
“Seorang wanita yang penuh barakah (keberkatan) dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Namun sebaliknya wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya.”


Pernikahan adalah suatu hal yang suci. Sangat besar kemuliaannya dan sangat tinggi kedudukannya dalam Islam, sehingga Al-Qur’an menyebutnya sebagai mitsaqan-gahaliza (perjanjian yang sangat berat). Istilah ini tidak pernah dipakai dalam Al-Qur’an, kecuali hanya untuk tiga peristiwa. Satu perjanjian akad nikah. Dan dua lagi untuk perjanjian tauhid. Maka, pernikahan yang diredhai Allah akan dipenuhi dengan do’a malaikat yang menjadi saksi pernikahan.

Ketika akad nikah terjadi, halal apa-apa yang sebelumnya diharamkan. Apa yang sebelumnya merupakan maksiat dan bahkan dosa besar, sejak saat itu telah menjadi kemuliaan, kehormatan dan besar sekali pahala di sisi Allah. Pernikahan telah mengubah pintu-pintu dosa dan kekejian menjadi jalan kemuliaan dan kesempurnaan manusia dalam beragama. Allah menyempurnakan setengah agama ketika seseorang melakukan pernikahan.

Ada pernikahan yang penuh keberkatan. Ada pernikahan yang sedikit keberkatannya. Dan yang paling menakutkan, adalah pernikahan yang tidak akan pernah ada keberkatan didalamnya. Pernikahan yang bagaimana?

Rasulullah SAW menunjukkan,
“ Barangsiapa yang menikahkan (putrinya) kerana silau akan kekayaan laki-laki itu meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak pernah pernikahan itu akan dibarakahi-Nya”

Sebahagian pernikahan kurang berkat karena niatnya yang tidak tepat, sebahagian disebabkan oleh berbagai hal selama proses berlangsung (pertunangan). Sebahagian lagi dipengaruhi oleh perlaksaan pernikahan dan juga disebabkan akhlak setelah menikah. Tetapi perubahan akhlak setelah menikah, banyak disebabkan oleh niat orang yang menikah dan yang menikahkan (karena itu, ajaklah orang tua berbincang).

Pernikahan yang berkat insyaAllah dapat menjadikan akhlak keduanya (suami isteri) semakin baik. Bila sebelumnya masih kurang sesuai dengan keutamaan akhlak, insyaAllah setelah menikah mereka menjadi baik akhlaknya. Ini berdasarkan hadis Nabi:

“Kawinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka, dan menambah keluhuran mereka.”

Sesungguhnya, kata Rasulullah SAW,
“termasuk dari keberuntungan perempuan adalah mudah lamarannya, ringan mas kawinnya dan subur rahimnya.”
(H.R. Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW :
“Wanita yang paling agung keberkatannya, adalah yang paling ringan maharnya”
(H.R. Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihagi dengan sanad yang shahih)

Pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dari Anas, Rasulullah bersabda,

“Orang yang menikahi wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahinya kehinaan, yang menikahinya kerana kekayaannya, Allah hanya akan memberinya kefakiran, yang menikahinya kerana nama besar keturunannya, Allah justru akan menambahinya kerendahan. Namun, laki-laki yang menikahi wanita hanya kerana menjaga pandangan mata dan memelihara nafsunya atau untuk mempererat hubungan kasih sayang (silaturrahim), maka Allah akan membarakahi laki-laki itu dan memberi kebarakahannya yang sama pada wanita itu sepanjang ikatan pernikahannya”



Alangkah indahnya andai kita dapat mencapai keberkatan dan rahmat sebegitu…
sama-samalah kita realisasikan arti sebuah ikatan suci ini…insyaAllah suatu masa nanti..

=(


















Berfikir sejenak...'FUTUR'...

Meski seputar kegelapan hari dirasa
Di kejauhan masih terlihat ada titik sinar yg memberi arah
Ia ada disana...bercahaya...
Dan kita akan terus menujunya meski harus
Merangkak...
Terantuk...
Tersembam...
Kadang terperosok...

Tapi yang pasti..diantara kejatuhan itu
Akan ada masa kita berlari...
Akan ada masa untuk kita terus melompat..
Akan ada masa untuk kita melayang terbang tinggi..

Sementara mereka yg masih belum temui cahaya itu..
Sasti berdiri...memandang mencari...
Berputar pada satu titik tanpa visi..
Menghela nafas...tanpa erti
Karena hari esok baginya tiada erti berjuang lagi

"..maka sungguh! beserta kesulitan ada kemudahan.Sungguh! beserta kesulitan ada kemudahan Maka apabila kamu telah selesai dengan satu urusan maka kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh urusan lainnya. Dan hanya kepada Rabbmu kamu berharap.." (94:5-8)

Jadikan jejak air mata hanya sekedar rindu semalam, cemburu sepagi dan bahan tengkaran di siangnya...semua itu tidak bermasa depan...karena seorang mujahid akan terus melangkah..berlalu~

Dan sungguh! hanya dengan misi yang besar, tinggi dan telus akan kita susulkan..dan pandanglah ke hujung perjalanan...berangkatlah...semoga ditemukan =)~



Semua ini sekadar coretan hati
Agar aku tak pernah LELAH..
Agar aku tak lagi GOYAH
Agar CINTAKU jadi gagah
Agar aku tidak lagi LEMAH
Agar aku tidak MENYERAH KALAH~



~ Robert Frost

Pada diri manusia ada kebebasan yang tidak dapat di kekang..
kebebasan yang tak terhancurkan oleh apapun..
itulah kebebasan memilih makna kehidupan..
..memberi makna pada hidup..



Jauh di ufuk sana...apa bisa hujan saling melupakan awan?
Dalam hidup ada kebebasan memilih makna....Justeru....

"apabila barakah mulai mengungkap kata..apabila 'barakah' yang dicari dari kecintaanNya...."

disaat apapun...barakah itu bisa membawa bahagia~'
....saat letus kegembiraan di hati
....saat ada kelapangan didada
....saat akal jernih berbicara
....saat batu menghempap dada...

barakah mencurahkan keceriaan di musim semi walau
apa pun masalah yang melanda~
membawa senyuman meskipun air mata masih menitis..
'barakah' menyingkap rindu disaat bisu hilang bicara...
'barakah' menyediakan rengkuhan dan belaian lembut disaat dada sesak kesuntukan helaan nafas untuk cinta...

Memaknai barakah dalam hidup?bagaimana dengan anda??


`nur


"..jihad untuk cintaNya...semoga ditemukan kembali dalam lembaran baru dalam redhaNya.."

"Love...Pity...Responsibility...sampai saat ini tak bermaksud menafikan tapi adakah ini yg pasti? awak pasti setelah 2-3 tahun berlalu kita dapat terus berdiri kerana hakikat tiga ni? realitinya kita sudah sama2 terima.."

Sempat bermonolog sendiri...tirai langsir kamar ditutup, senja pun berlabuh. Dari kejauhan kedengaran sayup suara itu memanggil kali keempatnya untuk hari ini,

"ashhaduan lailaha illallah....."

...aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah...Dan hari ini aku masih menghela nafas namun lebih panjang buat kali ini. Fikiran berterbangan lagi..Di sana...Di sana ada cita-cita, cinta juga tujuan yang seringkali membuatku menatap jauh. Jauh ke depan hilang bersama camar yang berterbangan...

"Hurmmm..perjalanan kita masih jauh. Semuanya sudah tertulis disana. Biarpun hari ini seperti keruh namun masih banyak mimpi yang belum terungkap..belum selesai..dengan harapan kelana ini menemukan kita dengan jejak-jejak mimpi itu..."

Barangkali inilah jalan permulaan.........karena ada batas yang memisahkan kita~

Kau..
dokter, ustaz dan engineer
seusiaku sebagiannya tua dariku..
menangis saat duka ='(
senyummu saat gembira =)
diam moOd tiada~
dimana aku? dihatimu?
apa pernah kau peduli?
saat kau marah apa kau peduli tentangku?
saat kau penat apa kau masih bisa tersenyum padaku?
saat kau sibuk dengan pelbagai urusan adakah AKU juga urusan terpentingMU?

Dia..
miliki ilmu dokter, engineer dan ustaz..
hebat~
saatku hilang arah Dia pimpin aku tunjukkan jalan
ingatkan aku tidak takut karena aku masih ada Dia
dibelai aku hingga aku tenang bersamaNya..
hilang rasa takut pada seisi dunia...
saat aku sedih Dia sediakan aku ganjaran andaiku berSABAR..
andai Dia murka, murkaNya itu karena Dia sayangkan Ku..

apa kamu masih berani meragut cintaKu dengan Dia....?Sesungguhnya aku milik Dia dan pasti aku akan sentiasa bersamaNya...Dialah tuhanku =)


.."Dan apa sahaja (kekayaan,jabatan dan keturunan) yang diberikan kepada kamu maka itu adalah kesenangan hidup DUNIAWI dan perhiasannya. Sedangkan apa yang disisi Allah itu adalah lebih BAIK dan lebih KEKAL. Tidakkah kamu mengerti??...."

Al Qasas : 60



"...Maka apakah sama orang yang kami janjikan kepadanya satu JANJI YANG BAIK (SYURGA) lalu dia memperolehnya,dengan orang yang kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi kemudian pada hari qiamat, dia termasuk orang yang diseret (ke neraka)?..."

Al Qasas : 61

soaljawab

al-kisah.....ade sorang hamba allah ni,,,dia 2 classmate sy.....kiteorang mmg rapat....byk jugak la bincang psl hal2 sekolah ni.....tapi 1 hari dia ade trlps ckp kt sy yg dia minat kt sy....entahla...sy pun kaget gila...x tau la nk ckp ape.....dgn malunye sbb ade ramai kwn2 sy kat situ....pstu sy pun trus kuar dr kelas....nk tenangkan hati....x nak terjebak ngan benda gini.....sy nak tanye sikit ni....boleh x sy kwn ngan dia lg lps prstiwa 2......sbb dia dh ade perasaan kt sy ni....nk wt cm mane ni???pastu ade lg 1 kisah mak sy ade ambik ank agkt dr tahfiz.....dia pun mmg rpt ngan family sy...termasuk sy la...kiteorg slalu gak borak2.....pastu ari 2 tibe2 je dia ckp....awk de prasaan ape2 x kt sy??aduh...sy ape lg.....gelisah x tentu psl la.....pastu tibe2 je dia beristighfar....mungkin dia tau kslpn dia kot.....skrg ni kiteorg x brp rpt cm dulu dh.....nak ckp....ishhh....sepatah pun x berbutir....
-puterialiya-

Jawaban:

Di dalam Islam, kita ada konsep yang dinamakan sebagai Sadd ad-dhara'i; iaitu menutup pintu kemudaratan. Dalam hal ini, kita perlu menilai sama ada tindakan untuk berhubung dengan 'classmate' tuh bakal menimbulkan kemudaratan.

Ada pun kemudaratan dalam hal ini; penyakit hati (jauh lebih bahaya dari penyakit fizikal). Sekiranya 'classmate' tersebut masih menyimpan perasaan dan dikhuatiri akan membawa kepada jalan-jalan yang tidak elok (seperti hubungan cinta di antara dua pasangan yang masih belum halal), maka sebaiknya dielakkan.

Tetapi jika 'classmate' tuh tetap maintain dan seperti biasa, boleh saja berkawan. Tetapi jangan terlalu akrab, dan jangan sekali-kali berdua-duaan dengan dia. Anggap saja dia sebagai kawan biasa; dan apa yang telah berlaku itu sepatutnya menjadi pengajaran buat kita. Sedarilah bahawa pengalaman lepas merupakan 'guru' yang terbaik..

Looking up at the sky, searching for Allah most high
He rejected the way of worshiping God of clay..
Prophet Ebrahim knew that Allah was near...
And that the heart of a muslim is SINCERE~

Under the hot burning sun
He declared God is one..
Though with stone on his chest
His eman would not rest~
The muadzin knew that RIGHT would conquer WRONG
and that the heart of a muslem must be STRONG~

Its the heart of a muslem through the guide of ISLAM
To makes u fair and kind and helpful to ur fellow man
So living as a muslem means that u have play a part
But Allah looks not at how u look
but what is in ur heart...

In our poor meager state, little food on our plate..
Mother said she was glad, always sharing what we had
When i ask how can we share what not enough??
She said that heart of a muslem filled with LOVE~

He said its time u should know u will learn as u grow..
That some people around will do what's bad to bring u down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a muslim does what's right~

It's the heart of a muslem through the guidance of ISLAM
To makes u fair and kind and helpful to ur fellow man
So living as a muslem means that u have play a part
But Allah looks not at how u look
but what is in ur heart...

So what ever u do, make sure ur words are true..
HONESTY is the best!!! because life is a TEST~
Even if it hurt so much u want to cry...
For the heart of a muslem does not LIE

It's the heart of a muslem through the guidance of ISLAM
To makes u fair and kind and helpful to ur fellow man
So living as a muslem means that u have play a part
But Allah looks not at how u look
but what is in ur heart...

>heArt<




HEART OF A MUSLEM FILLED WITH EMAN~

..hari ni lain..lain sgt...dapat rasakan hilang seri lelaki pada semua ADAM..knp?bingung sendiri memikirkan.usai solat asar..tengan ditadah doa dipohon seiring tangisku..airmata mengalir lagi..jelas, masih bingung soal jodoh..nama yang sering difikiran hilang tanpa disadari..apakah ini ujian atau rahmatnya?airmata dikesat..termenung berfikir sejenak.sajadah dilipat, fikiran masih disitu..tiada lagi ADAM dihati..bagiku inilah rahmat darinya supaya aku mampu berdiri justeru mengatur jejak hanya untk 'keCINTAan padaNYA' redhaNYA yg aku cari..dan aku pasti!!! teguh sendiri

About this blog

...Ya Allahu bihusnil khatimah...

Salam Taaruf :)

My photo
Malaysia
i'am nothing special..of this i'am sure i'am a commom lil girl with common thought and i've led a common life...there are no monuments dedicated to me and my name soon be forgotten..by that time, none cud tear a hole in my heart anymore..i've no complaints about my life, my path and the places HE has taken me to..enough complaints to fulfil a circumstance about other things maybe but the path i've taken has always been the right one...and i wouldn't have had it any other way :) thanks Allah for this wonderful life...the thing i'd learnt...'away from the past..the day erased...the lesson done..and i maturely grew...alhamdulillah'...

Followers

Jam Malaysia

Powered by Blogger.

Lewati U.s.i.a

Daisypath Happy Birthday tickers